Makanan Berasaskan Mangga Yang Wajib Dicuba

Buah mangga adalah antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran sebagai pencuci mulut yang memberikan sensasi rasa yang menyegarkan. Terdapat dalam pelbagai jenis, rasa, saiz dan bentuk tersendiri yang boleh anda cuba. Disenaraikan beberapa makanan berasaskan buah mangga yang wajib dicuba terutamanya ketika cuaca panas ini:

The Yummy Bowl
Sumber : The Yummy Bowl

1. Salsa Mangga

Salsa mangga segar ini adalah hidangan Mexican yang sangat menyegarkan dan lazat serta boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Ia dibuat dengan menggunakan mangga, tomato, bawang merah, bawang putih, ketumbar, limau, garam dan limau. Cuma gaul kesemua bahan tersebut dan ia sedia untuk dimakan. Rasa masam dan manis daripada hidangan ini sesuai dimakan dengan chips, taco, rice cake, roti dan sebagainya.

Bake with Shivesh
Sumber : Bake with Shivesh

2. Kulfi

Kulfi adalah sejenis pencuci mulut tradisional yang terkenal di India dan sangat mudah untuk disediakan. Ais krim yang penuh dengan rasa lemak daripada susu dan kaya dengan perasa kekacang atau buah yang enak dimakan terutamanya pada cuaca panas.

Ia diperbuat daripada susu, buah-buahan, kekacang dan lain-lain mengikut cita rasa individu. Anda juga boleh cuba untuk menyediakan kulfi berasaskan mangga dengan hanya menggunakan susu dan puri mangga. Panaskan selama sejam dengan api perlahan. Kemudian masukkan isi mangga dan kacau sebati sebelum membekukannya untuk dinikmati bersama keluarga.

Sticky rice with mango
Sumber: Freepik mrsiraphol

3. Pulut Mangga

Pulut mangga merupakan sejenis makanan yang dipelopori di Thailand. Makanan yang mempunyai rasa manis, lemak, masin dan enak ini mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan beberapa bahan seperti mangga, santan dan pulut sebagai bahan utama. Ringkas untuk disediakan, lazat untuk dimakan.

reshu-drolia-uutxmtDithE-unsplash

4. Tart

Bagi penggemar tart, anda mesti mencuba tart mangga yang lazat dengan rasa masam buah dan manis kastard. Tart mangga menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai inti pati kastard yang manis dan buah segar sebagai topping dalam kulit yang rangup. Anda juga boleh tambah buah-buahan segar lain seperti strawberi, beri biru, kiwi dan sebagainya.

julia-zyablova-KlVIYmGVRQ8-unsplash

5. Lassi

Lassi merupakan minuman khas dari India yang dibuat daripada yogurt, air, rempah, dan buah. Ada dua jenis lassi di iaitu masin dan manis. Lassi masin dibuat menggunakan rempah manakala lassi manis dibuat menggunakan buah-buahan segar. Minuman ini sama seperti smoothie tetapi kandungan yogurt dalam lassi lebih tinggi dan memberi rasa lemak. Jom cuba buat lassi mangga menggunakan yogurt, mangga dan ais batu. Memang menyelerakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!