Punca Lampu Belakang Kenderaan Rosak

Lampu brek ketiga dan lampu belakang kenderaan mempunyai sambungan elektrik yang sama. Namun begitu, kerosakan kedua-dua lampu ini boleh disebabkan oleh masalah yang berbeza. Ketahui antara punca kerosakan lampu belakang kenderaan walaupun ketika lampu brek ketiga masih berfungsi:

1. Suis Isyarat Rosak

Suis isyarat atau ‘signal light’ memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat elektrik yang mengaktifkan sistem lampu kenderaan seperti lampu depan, lampu belakang dan lampu brek tangan.

Apabila suis ‘signal light’ rosak, ia tidak boleh menghantar isyarat elektrik ke lampu hadapan dan belakang. Ini menyebabkan lampu tidak bernyala kerana tiada isyarat elektrik daripada suis lampu.

2. Fius Terbakar

Fius kenderaan melindungi lampu belakang dan lampu brek ketiga daripada lebihan litar arus. Walau bagaimanapun, beban elektrik yang tinggi pada lampu belakang boleh menyebabkan fius terbakar dan lampu belakang gagal berfungsi. Kerosakan ini boleh berlaku walaupun lampu brek ketiga masih berfungsi. Oleh itu, gantikan fius baru di pusat servis berdekatan sekiranya anda mendapati komponen ini rosak.

3. Mentol Lampu Belakang Rosak

Secara amnya, lampu brek ketiga dan lampu belakang menggunakan mentol dwi filamen yang sama. Oleh itu, jika salah satu filamen dalam mentol lampu rosak, lampu belakang mungkin tidak berfungsi sedangkan lampu brek ketiga masih berfungsi.

Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kenderaan menggunakan mentol lampu berasingan untuk lampu brek ketiga dan lampu belakang. Dengan ini, ia memudahkan pengguna kenderaan mengenal pasti punca kerosakan lampu belakang dengan lebih cepat.

4. Kerosakan Soket Lampu

Soket lampu belakang kenderaan memegang mentol lampu dan menyambungkannya ke litar lampu. Apabila lampu belakang kenderaan tidak ditutup betul dengan silikon ia boleh terdedah kepada angin, habuk dan air. Pendedahan ini boleh menyebabkan soket lampu belakang kerana terdedah kepada masalah karat dan kakisan yang boleh merosakan lampu belakang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!