Panduan Umum Keselamatan Ketika Melintas Jalan

Pejalan kaki senantiasa terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya. Ikuti panduan keselamatan seperti berikut semasa melintas jalan raya:

1. Berdiri di Atas Kaki Lima

Pastikan anda berdiri di atas kaki lima sebelum melintas untuk mengawasi kenderaan lalu lalang terlebih dahulu. Ianya amat penting bagi mengelakkan risiko dilanggar oleh pemandu kenderaan atau penunggang motosikal.

2. Perhatikan Lalu Lintas

Sentiasa perhatikan keadaan lalu lintas terlebih dahulu sebelum anda melintas jalan raya. Ini sangat penting kerana mungkin terdapat kenderaan yang memandu laju dan tidak perasan tentang kemunculan anda. Pemandu tersebut mungkin tidak dapat menekan brek dengan cepat dan ini meningkatkan kemungkinan melanggar pejalan kaki.

3. Pandang Kanan, Kiri dan Kanan

Pastikan anda pandang kanan, kiri dan kanan semula terlebih dahulu sebelum melintas jalan bagi memastikan tiada kenderaan yang lalu dan keadaan adalah selamat untuk melintas.

4. Jangan Leka

Ramai antara kita yang leka berbual dengan kawan, ahli keluarga atau sesiapa yang ada bersama semasa melintas jalan raya, dan ada juga yang asyik menggunakan telefon bimbit. Tahukah anda perbuatan ini akan menyebabkan anda terdedah kepada bahaya?

Risiko untuk terjatuh atau dilanggar sangat tinggi kerana pejalan kaki tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika itu. Bagi menjaga keselamatan diri semasa melintas, elakkan penggunaan telefon bimbit dan komunikasi. Sebaiknya, berikan fokus dan tumpuan untuk sampai ke seberang jalan dengan selamat.

5. Pandang Ke Arah Kenderaan

Salah satu tips selamat semasa melintas jalan adalah pandang ke arah kenderaan yang menuju ke arah anda. Ini sangat penting bagi membolehkan anda menganggar kelajuan kenderaan dan dapat melintas jalan raya dengan lebih selamat.

6. Jangan Melintas di Lebuh Raya

Jangan sesekali cuba untuk melintas di lebuh raya atau jalan besar. Kenderaan dipandu dengan kelajuan tinggi di lebuh raya atau jalan besar dan tindakan anda melintas jalan mungkin boleh mengundang bahaya. Pastikan anda hanya melintas di kawasan yang selamat dan gunakanlah kemudahan lintasan yang telah disediakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!