Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan mendapat pelinciran yang optimum untuk berfungsi dengan baik. Hal ini akan menyebabkan berlakunya lebih banyak geseran dan suhu enjin semakin meningkat. Oleh itu, ketahui antara punca yang menyebabkan tekanan minyak enjin menjadi semakin rendah seperti berikut:

1. Paras Minyak Enjin Rendah

Paras kuantiti minyak enjin rendah iaitu berada di bawah garisan celup minimum adalah salah satu sebab tekanan minyak enjin rendah. Paras minyak enjin mungkin rendah disebabkan penangguhan penyenggaraan, kebocoran minyak, penakung minyak enjin rosak atau penutup kepala gasket rosak.

Tanpa minyak enjin yang mencukupi, pam minyak enjin tidak akan dapat menjana tekanan yang mencukupi. Oleh itu, lakukan pemeriksaan minyak enjin dengan kerap untuk menjaga enjin kenderaan berfungsi secara baik.

2. Penapis Minyak Kotor

Pengumpulan kotoran dan bendasing kecil pada penapis minyak akan menjejaskan prestasi enjin dan menyebabkan kereta terdedah kepada risiko gangguan pengendalian dan penjimatan bahan api.

Enjin akan berasa berat dan susah untuk menghidupkan kenderaan jika penapis minyak tersumbat dengan kekotoran. Oleh itu, pastikan anda lakukan penyenggaraan berkala dan menukar penapis minyak agar tidak menjejaskan prestasi enjin.

3. Tolok Tekanan Minyak Enjin Rosak

Jika paras minyak enjin berada pada tahap optimum dan enjin berfungsi dengan normal tanpa sebarang bunyi bising atau suhu tinggi, maknanya terdapat kerosakan pada tolok tekanan minyak yang memberikan bacaan yang salah. Anda mungkin perlu menggantikan penderia tekanan minyak dan tolok tekanan minyak yang rosak bagi mengelakkan amaran palsu.

4. Kerosakan Enjin

Kerosakan enjin mungkin tidak menjejaskan secara langsung pada tekanan minyak dalam kereta anda, tetapi ia bertanggungjawab untuk paras minyak yang rendah pada masa-masa tertentu. Kerosakan enjin yang teruk boleh menyekat aliran minyak asal, oleh itu ia akan mengurangkan tekanan minyak enjin.

5. Pam Minyak Rosak

Pam minyak enjin yang rosak tidak dapat menjana tekanan yang diperlukan kerana terdapat kebocoran minyak dalaman. Oleh itu, anda mungkin perlu menggantikan pam minyak untuk mengembalikan paras tekanan minyak pada tahap normal.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!