5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek, piston brek, pin, brek cakera dan sebagainya. Ramai yang mengabaikan penggantian brek cakera di mana ia boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sistem brek. Dengan ini disenaraikan beberapa tanda brek cakera mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Stereng Gegar

Gegaran pada stereng apabila menekan brek semasa memandu merupakan tanda brek cakera tidak rata dan telah bengkok. Anda juga boleh merasakan gegaran pada papan pemuka kereta apabila kerosakan tersebut menjadi sangat teruk. Hal ini juga akan menjejaskan kecekapan untuk membrek. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera di pusat servis terdekat bagi mengelakkan berlakunya kerosakan serius pada komponen kenderaan yang lain.

2. Retakan Pada Brek Cakera

Salah satu tanda yang mudah dikenalpasti adalah retakan pada permukaan brek cakera. Apabila anda memijak pedal brek, geseran yang berlaku untuk memberhentikan kereta akan menghasilkan haba. Hal ini menyebabkan brek cakera untuk mudah retak. Pastikan anda melakukan penyenggaraan segera dengan menukar brek cakera baharu di pusat servis bertauliah.

3. Gegeran Pada Pedal Brek

Gegaran pada pedal brek apabila brek ditekan semasa dalam pemanduan adalah antara tanda brek cakera mengalami kerosakan. Ia mungkin berlaku akibat brek cakera tidak rata atau bengkok. Anda boleh lakukan pemeriksaan di pusat servis dan menukar brek cakera baharu untuk penggunaan jangka masa panjang.

4. Kehausan Tepi

Cara terbaik untuk melihat sama ada brek cakera memerlukan penggantian adalah dengan memeriksa bahagian tepi brek cakera. Penggunaan pelapik brek yang keras boleh menyebabkan berlakunya kehausan tepi pada brek cakera. Lihat pada tahap kehausan brek cakera. Jika ia tidak begitu teruk, lakukan penggilapan permukaan tepi brek cakera manakala jika kehausan terlalu dalam anda disyorkan untuk menukar brek cakera baharu di pusat servis.

5. Brek Cakera Berkarat

Karat di permukaan cakera brek adalah perkara biasa kerana besi dioksidakan oleh udara lembap. Namun, pembentukan karat yang ketara dengan pemisahan serpihan adalah berbahaya.

Ini bermaksud karat meluas jauh dan telah menjejaskan integriti struktur bahan cakera brek itu sendiri. Ia akan pecah, bukan berhenti, apabila tekanan yang cukup dikenakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!