Punca Kereta Terbakar

Kenderaan terbakar ketika kemalangan jalan raya sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa pemandu atau penumpang dalam kereta. Situasi kebakaran kereta berlaku akibat mungkin terdapat kerosakan komponen kereta lain selain daripada berlaku secara spontan. Ketahui antara punca kereta terbakar seperti berikut agar anda dapat lebih berwaspada ketika memandu kenderaan:

1. Kebocoran Bahan Api

Salah satu punca utama berlakunya kebakaran kereta adalah disebabkan kebocoran bahan api. Bahan api iaitu petrol dan diesel ialah bahan mudah terbakar dan kebakaran boleh berlaku sekiranya terdapat kobocoran bahan api. Hal ini boleh berlaku akibat saluran bahan bakar rosak atau tidak diselenggara dengan baik, sistem penyambungan dan suntikan bahan api yang bocor.

2. Enjin Panas ‘Overheating

Apabila suhu enjin meningkat, cecair dalaman seperti penyejuk dan pelincir mendidih dan tumpah di kawasan peredaran tertentu. Hal ini menyebabkan minyak pelincir menitis dan tersebar ke seluruh bahagian enjin hingga mencetuskan berlakunya kebakaran. Pemandu boleh mengelakkan situasi enjin terlalu panas dengan melakukan penyenggaraan kereta seperti yang ditetapkan.

3. Kegagalan Sistem Elektrik

Kegagalan sistem elektrik akibat kerja pendawaian yang tidak betul menjadi punca berlaku kebakaran kereta. Kerja pendawaian yang tidak menepati standard boleh mendatangkan risiko kebakaran seperti wayar yang longgar boleh mengakibatkan percikan api. Selain itu, mentol lampu yang pecah juga boleh menyebabkan kebakaran kerana filamen lampu hadapan akan menjadi panas dan berpotensi menyebabkan litar pintas.

4. Kebocoran Minyak atau Cecair

Kebocoran minyak atau cecair penting seperti minyak enjin, minyak stereng kuasa, pelincir brek dan lain-lain boleh menyebabkan kebakaran kereta. Hal ini berlaku kerana kebocoran kecil boleh menyebabkan api marak pantas. Oleh itu, sentiasa periksa dahulu jika terdapat sebarang kebocoran sebelum menggunakan kereta.

5. Kemalangan

Kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan zon remuk untuk menjaga keselamatan pemandu dan penumpang jika berlaku kemalangan. Zon remuk biasanya digunakan bagi melindungi bahagian dalaman kereta seperti tangki minyak, enjin, bateri dan komponen-komponen lain yang berisiko.

Walau bagaimanapun, bergantung pada impak perlanggaraan kereta boleh terbakar jika terdapat kerosakan yang mungkin mengeluarkan percikan api lalu terkena pada bahagian yang mengandungi cecair mudah terbakar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!