Kegunaan Petak Kuning Di Jalan Raya

Peraturan lalu lintas ditetapkan bagi memudahkan pergerakan kenderaan serta mengawal aliran trafik. Terdapat ramai pengguna jalan raya yang gemar melanggar peraturan tersebut yang hanya akan menyusahkan diri serta pengguna jalan raya lain. Antara sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya adalah kecenderungan memasuki petak kuning sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau yang secara tidak langsung mendorong kepada kesesakan lalu lintas.

Fungsi Petak Kuning

Petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi untuk memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan.

Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

Perbuatan memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar. Selain itu, pemandu yang bersikap tidak hemah ini juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengguna jalan raya lain kerana menggangu perjalanan mereka.

Cara Menggunakan Simpang Berpetak Kuning

• Jangan memasuki petak kuning sebelum memastikan laluan keluar adalah lancar.
• Jangan berhenti dalam petak kuning di belakang kenderaan yang tidak bergerak.
• Jangan berhenti dengan sebahagian kenderaan anda berada di dalam petak kuning.

Kesalahan Berhenti di Petak Kuning

Pemandu kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya ini dengan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dengan ini, pemandu kenderaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah. Elakkan melanggar peraturan demi menjaga keselamatan diri dan tidak menyusahkan pengguna jalan lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!