6 Cara Kekal Aktif Selepas Bersara

Persaraan adalah satu tahap kehidupan yang dinanti-nantikan setelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki. Gaya hidup yang aktif selepas bersara sangat penting bagi memastikan anda sentiasa kekal cergas dan sihat. Disenaraikan beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk kekal aktif seperti berikut:

1. Hobi Baharu

Fasa persaraan adalah masa yang sesuai untuk anda melakukan semula hobi anda atau meneroka kemahiran baharu bagi mengekalkan kesihatan mental. Sertai kelas memasak, lukisan, mengambil gambar, mulakan aktiviti berkebun, mengait dan lain-lain aktiviti menarik untuk memenuhi masa lapang anda.

2. Belajar

Pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang individu dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Ia juga penting untuk meningkatkan kemahiran dan tahap kecekapan selepas bersara serta dapat mencegah penyakit dementia. Membaca novel, buku cerita, menulis atau sambung belajar secara dalam talian dapat mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecerdasan otak.

3. Lakukan Aktiviti Fizikal

Ramai setelah bersara selalunya gemar duduk di dalam rumah dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal dengan bersenam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjalan, joging, bermain badminton, catur, tenis, golf, berenang dan sebagainya yang sesuai dengan kemampuan anda. Jika anda gemar berjumpa dengan orang lain atau suka bersosial dengan rakan-rakan atau jiran, anda boleh lakukan aktiviti kumpulan dengan menyertai kelab sukan.

4. Melancong

Setelah bertahun-tahun berkerja keras, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda melancong ke luar negara bersama rakan atau ahli keluarga bagi merehatkan minda. Rancang perjalanan untuk melihat keajaiban yang besar di dunia, dengan rakan, keluarga atau menerokai pengalaman bercuti secara ‘solo’.

5. Membeli-Belah

Sekiranya anda rasa bosan duduk di dalam rumah, lakukan aktiviti beli-belah sebagai rutin harian. Anda boleh berjalan kaki untuk membeli barang dapur atau meluangkan masa di pusat beli-belah dengan pasangan anda. Dengan ini, anda juga dapat menjaga kesihatan diri kerana mempunyai pergerakan fizikal.

6. Sukarelawan

Salah satu aspek persaraan terbesar ialah mempunyai kebebasan untuk memilih cara anda ingin meluangkan masa anda. Aktiviti sukarelawan adalah cara terbaik untuk bertemu orang baharu dan memberi kembali kepada komuniti setempat anda. Anda boleh membantu di perpustakaan atau hospital, mentor bagi orang-orang yang memerlukan, menjaga kanak-kanak di rumah anak yatim dan lain-lain. Ia adalah salah satu cara terbaik untuk mempunyai kesihatan mental yang baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!