Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan stabil. Pengabaian penyenggaraan komponen ini boleh merosakkan komponen dalaman kereta yang lain. Dengan ini, ketahui antara tanda kerosakan komponen ini seperti berikut:

1. Bahan Penyejuk atau Air Radiator Bocor

Salah satu tanda ketara termostat mengalami kerosakan adalah kebocoran cecair penyejuk atau air radiator bocor. Hal ini berlaku kerana komponen termostat ini tersekat atau tertutup dan menyekat laluan air radiator sekali gus menyebabkan air radiator melimpah keluar. Anda boleh lihat kebocoran air radiator melalui kesan tompokan bendalir pada bahagian bawah kereta. Awasi tompokan tersebut dan pastikan melakukan penyenggaraan secara berkala.

2. Suhu Meningkat

Tokok suhu enjin biasanya berada pada paras yang optimum semasa menghidupkan kereta. Sebaliknya, jika tokok suhu enjin semakin meningkat daripada biasa menunjukkan bahawa terdapat kerosakan pada termostat yang memerlukan perhatian.

Hal ini berlaku kerana aliran cecair penyejuk ke radiator kereta tersekat dan menyebabkan suhu enjin kereta meningkat secara mendadak. Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

3. Penggunaan Bahan Api Lebih Tinggi

Pernahkah anda perasan penggunaan bahan api meningkat daripada yang biasa? Ia mungkin salah satu tanda termostat kereta mengalami masalah. Kerosakan pada termostat boleh menyebabkan enjin tidak dapat mencapai suhu yang optimum. Ia secara tidak langsung menyebabkan kenderaan memerlukan penggunaan bahan api yang lebih tinggi untuk mencapai paras suhu operasi enjin yang optimum.

4. Bunyi Bising

Bunyi bising daripada ruang enjin juga merupakan salah satu tanda termostat rosak. Bunyi ini biasa boleh dengar daripada ruang enjin, radiator atau kedua-dua komponen. Biasanya anda boleh mendengar bunyi seperti ketukan, bersiul atau berdengung yang menunjukkan termostat gagal dan perlu disenggara dengan segera. Oleh itu, lakukan pemeriksaan di pusat servis terdekat sebelum ia menjejaskan fungsi dan prestasi enjin kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!