Tip Mudah Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Harga bahan api semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Hal ini juga telah memaksa pemilik kereta lebih berhati-hati merancang perjalanan mereka. Oleh itu, disenaraikan beberapa tip mudah untuk menjimatkan penggunaan bahan api seperti berikut:

1. Tekanan Udara Tayar yang Mencukupi

Pastikan tekanan udara tayar sentiasa mencukupi. Tayar yang kekurangan udara akan mempunyai lebih banyak rintangan dan geseran pada jalan raya sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa tekanan udara tayar sekali sekala bagi memastikan perjalanan yang lancar serta menjimatkan penggunaan bahan api.

2. Isi Bahan Api Sehingga Tangki Penuh

Isi bahan api sehingga tangki penuh bagi mengelakkan tangki bahan api dipenuhi dengan udara. Jika anda mengisi separuh tangki akan menyebabkan ruang kosong dalam tangki membawa kepada kehilangan bahan api yang lebih tinggi disebabkan berlakunya penyejatan melalui sistem pengudaraan.

3. Elakkan Membawa Muatan Lebih

Elakkan menyimpan barang yang berat atau berlebihan di dalam kereta. Hal ini kerana kereta yang berat akan meningkatkan penggunaan bahan api serta menjejaskan sistem suspensi dan brek. Oleh itu, kosongkan ruang simpanan but kereta supaya bebanan berkurangan.

4. Enjin dalam Keadaan Baik

Enjin kereta yang berada dalam keadaan baik dan lancar akan mengurangkan penggunaan bahan api yang banyak. Pastikan anda menyenggara sistem enjin seperti menukar minyak enjin, membersihkan penapis udara dan menggunakan gred minyak betul bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

5. Kekalkan Kelajuan

Mengekalkan kelajuan malar membantu jimatkan bahan api. Elakkan menekan minyak secara mengejut dan menggunakan brek terlalu kerap. Hal ini kerana, penggunaan brek secara kerap dan mengejut boleh melonjakkan penggunaan bahan api.

6. Merancang Perjalanan

Sentiasa pastikan anda merancang perjalanan sebelum ke sesuatu destinasi supaya anda tidak membazirkan masa dengan laluan berulang-ulang untuk tujuan berbeza. Selain itu, elakkan memandu pada waktu puncak. Hal ini kerana pada waktu puncak terdapat banyak kereta hingga menyebabkan anda terperangkap dalam kesesakan jalan.

Dalam keadaan tersebut, bahan api masih digunakan untuk menghidupkan pendingin hawa. Jika trafik terus sesak dan bergerak perlahan, kedudukan gear rendah menjadi punca peningkatan penggunaan bahan api.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!