Lokasi Popular Menikmati Raja Buah di Lembah Klang

Musim durian kembali semula dan ramai peminat raja buah sedang giat menyerbu gerai-gerai durian untuk menikmati keenakan buah ini. Dengan ini, disenaraikan beberapa ‘port’ makan durian yang popular seperti berikut:

sINNACO
Sumber : Facebook Sinnaco Durian Specialist

1. Sinnaco Durian Specialist

Sinnaco Durian Specialist terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya merupakan kedai durian terkenal ketika musim raja buah. Terdapat pelbagai jenis durian di sini termasuk Musang King, Udang Merah, Kulip Emas, D24 dan sebagainya. Anda boleh menikmati durian yang cukup manis dan berlemak di ruang makan yang selesa bersertakan penghawa dingin.

klang fb
Sumber : Facebook Klang Town Durian Station

2. Klang Town Durian Station

Klang Town Durian Station terkenal dengan menjual buah-buahan pada harga borong. Kedai ini sangat popular di Klang pada musim durian dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan untuk menjamu selera buah raja. Terdapat durian D2, XO,D101, D13, Udang Merah dan Musang King yang dijual pada harga bermula dari RM5 hingga RM35 sebiji. Pastikan anda datang awal untuk membeli durian di sini kerana ia sentiasa ‘sold out’ dengan cepat.

ezy durian
Sumber : Facebook EZY Durian

3. EZY Durian

Ingin beli durian dengan harga rendah? Kunjungi EZY Durian yang terletak di Bangi dan Batu Caves untuk menikmati durian kegemaran anda pada harga berbaloi. Terkenal dengan jolokan raja segala gerai durian, anda bukan sahaja boleh menikmati durian malah terdapat tempoyak premium, pes isi durian dan sambal bilis tempoyak Musang King. EZY Durian juga mengambil tempahan awal dan melakukan penghantaran di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan kawasan-kawasan berdekatan.

chen brothes
Sumber : Facebook Chen Brothers Durian Trading

4. Chen Brothers Durian & Fruits

Chen Brothers Durian & Fruits yang terletak di lokasi strategik Kepong Baru sentiasa dipenuhi ramai pelanggan untuk menikmati aneka jenis durian yang enak. Berbanding gerai durian lain yang popular sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Chen Brothers merupakan gerai yang paling lama menjual durian dan juga antara yang termurah. Kunjungi Chen Brothers yang menjual pelbagai jenis durian dengan harga berpatutan sebelum tamat musim durian.

durian hill ss2
Sumber : Facebook Durian Hill SS2

5. Durian Hill SS2

Warga Petaling Jaya yang ingin menikmati durian yang lazat bersama keluarga juga boleh mengunjungi Durian Hill yang terletak di SS2. Musang King merupakan antara jenis durian yang mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penggemar durian di sini. Terdapat tempat makan yang selesa disediakan oleh mereka bagi anda yang ingin menikmati durian segar sejurus membelinya. Jangan risau, terdapat pelbagai jenis durian yang boleh didapati pada harga yang amat berbaloi di sini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!