5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut:

Niko Neko Matcha 1
Sumber : Facebook Niko Neko Matcha

1. Niko Neko Matcha

Niko Neko Matcha adalah kafe kegemaran penggemar tegar matcha untuk menjamu selera bersama rakan atau keluarga. Kafe berkonsepkan kontemporari dan hipster menarik minat ramai untuk menikmati pelbagai jenis makanan berasaskan matcha.

Niko Neko Matcha 2
Sumber : Facebook Niko Neko Matcha

Menariknya, Niko Neko Matcha berbeza daripada kafe lain kerana mereka menggunakan serbuk matcha berkualiti tinggi.

Niko Neko Matcha Fb
Sumber : Facebook Niko Neko Matcha

Antara menu pilihan pelanggan adalah Matcha Latte, Matcha Tea, Matcha Mocktail, Mango Matcha Cheesecake, dan Matcha Tripledecker Sandwich.

Oh Cha Matcha Fb
Sumber : Facebook Oh Cha Matcha

2. Oh Cha Matcha

Terkenal kerana menyediakan serbuk matcha tersendiri, Oh Cha Matcha yang terletak di Taman Tun Dr Ismail juga merupakan kafe yang wajib dikunjungi oleh pencinta matcha.

Oh Cha Matcha 1
Sumber : Facebook Oh Cha Matcha

Selain daripada minuman dan ‘dessert ’ biasa, kafe ini agak unik kerana menyediakan pasta matcha yang lazat!

oh cha matcha fb sabo noodle
Sumber : Facebook Oh Cha Matcha

Antara hidangan wajib cuba di sini adalah Matcha Soba Noodle, Matcha Pina Colada, Matcha Croissant dan Matcha Burnt Cheesecake.

Oh Cha Matcha 2
Sumber : Facebook Oh Cha Matcha

Bukan sekadar makanan, kafe yang berkonsepkan estetik ini juga sangat sesuai untuk mengambil gambar cantik bagi laman media sosial anda.

KAKIYUKI FB 1
Sumber : Facebook KAKIYUKI

3. Kakiyuki

Kakiyuki terkenal dengan hidangan Jepun iaitu Japanese Shaved Ice Dessert terutamanya bagi perasa Matcha.

KAKIYUKI
Sumber : Facebook KAKIYUKI

Ia turut menawarkan pencuci mulut lain yang berasaskan Matcha seperti kek gulung, Wagashi, Daifuku, Mochi, Warabimochi dan sebagainya.

KAKIYUKI FB
Sumber : Facebook KAKIYUKI

Jika anda peminat tegar matcha, anda boleh memilih Bento Pencuci mulut matcha klasik yang menawarkan kek gulung, macaron, ais krim dan Matcha Mont Blanc Ice.

yumcha.jpg 1
Sumber : Facebook Yumcha My

4. Yum.cha

Ingin menikmati makanan di kafe yang mempunyai ruang cantik dan selesa? Yum.cha yang terletak di Taman Bukit Indah adalah kafe sesuai untuk anda menjamu selera dengan pelbagai hidangan berasaskan matcha.

yumcha
Sumber : Facebook Yumcha My

Daripada biskut matcha melekit kepada donat krim matcha yang melimpah, semuanya kelihatan sangat sedap di kafe ini!

yumcha 1
Sumber : Facebook Yumcha My

Bagi minuman pula, terdapat kombucha buatan sendiri, kopi, mocktail dan sudah tentu minuman matcha yang lazat untuk dinikmati.

IJO Matcha
Sumber : Facebook IJO. Matcha

5. IJO.Matcha

Terkenal dengan Matcha Cookies, IJO.Matcha yang terletak di Cyberjaya tidak terkecuali daripada kafe terkenal di Lembah Klang. Setiap penggemar matcha wajib mengunjungi kafe ini untuk mencuba makanan dan minuman terutamanya bagi cookies yang terkenal di sini!

IJO
Sumber : Facebook IJO. Matcha

Keunikan kafe ini adalah mereka menyediakan minuman matcha yang diinovasikan dengan rasa klasik Melayu seperti Matcha Onde Onde, Matcha Chai Cincau dan juga Matcha Bandung Selasih.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!