Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut:

espresso

1. Espresso

Tidak ramai yang gemar minum Espresso tulen kerana kepahitan kopi ini. Espresso adalah kopi pekat yang dihasilkan dengan mengekstrak biji kopi yang sudah dikisar melalui penyemburan air panas di bawah tekanan tinggi. Oleh kerana ia sangat pekat, Espresso hanya akan disediakan dalam cawan kecil iaitu sebanyak 30 ml dan ia biasanya digunakan sebagai ‘base’ kepada minuman kopi lain seperti Latte, Cappucino dan sebagainya.

americano

2. Americano

Americano adalah sejenis kopi yang dihasilkan dengan mencampurkan air panas pada Espresso bagi mendapatkan secawan kopi panas. Americano tidak sebegitu kuat seperti Espresso tetapi masih mempunyai keharuman kopi yang sama. Jika anda bukan peminat kopi yang terlalu pahit atau kuat, Americano adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

mocha

3. Mocha

Mocha adalah sejenis kopi yang dibancuh dengan gabungan coklat dan Espresso. Ia adalah pilihan yang sangat sesuai jika anda suka minuman manis yang berasaskan coklat dan kopi. Mocha disediakan dengan satu pertiga Espresso, dan dicampur pula dengan dua pertiga susu. Kopi jenis ini boleh dihidangkan bersama pelbagai jenis topping seperti ‘whipped cream’, ‘caramel’,chocolate drizzle’ dan sebagainya mengikut cita rasa anda.

latte

4. Latte

Jika anda kurang menggemari kopi yang pekat, latte merupakan pilihan sesuai kerana ia dibancuh dengan kandungan susu yang tinggi diikuti satu atau dua shot Espresso. Ia mempunyai rasa lebih kurang sama seperti teh biasa tetapi lebih kepada kandungan ‘foamed milk’ di atas permukaannya.

merriam-Webster
Sumber : merriam-Webster

5. Cappucino

Anda sering melihat Cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte. Hal ini kerana Cappucino juga diperbuat daripada susu yang dicampur dengan Espresso. Perbezaan kopi ini ialah cara penyediaan yang berbeza iaitu mempunyai lapisan buih halus di atas permukaan kopi. Ia juga biasanya dihidangkan bersama ‘pumpkin spice’ atau ‘cinnamon’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!