Majoriti rakyat Malaysia gemar makan dan mencuba masakan luar negara. Jika anda mengidamkan hidangan baharu dan enak, kunjungilah tempat makanan berikut yang terletak di Lembah Klang:

1. The Ame Soeur
Tak sempat lagi menjejak kaki ke Perancis? Jangan risau anda boleh mencuba makanan Perancis di Malaysia dengan keenakan yang sama seperti di negara tersebut. The Ame Soeur yang terletak di Bukit Jalil merupakan restoran Perancis terkenal bagi menikmati juadah Perancis lazat.

Bukan sekadar namanya yang istimewa, malah rekaan dalaman restoran ini turut mempunyai ciri-ciri khas dari negara tersebut. Diilhamkan dari Era Victoria, bahagian dalam restoran ini dihiasi indah dengan cermin panjang di sepanjang dinding, lampu-lampu candelier, menggunakan kombinasi gaya baroque dan rona keemasan di seluruh restoran yang benar-benar memberikan suasana mewah bagi para pengunjungnya.

Antara makanan yang mendapat sambutan hangat pelanggan adalah Braised Lamb Shank, Beef Ribs, Grilled Salmon, Lambshank, Egg Benedict, Belgium Royal Coffee, Creme Brulee, Lavender Latte Cold Edition dan Lemon Meringue Cake.

2. Yarl
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, pastikan mengunjungi restoran Yarl yang terletak berdekatan KL Sentral untuk menjamu selera juadah Sri Lanka. Yarl terkenal untuk menghidangkan makanan asli Sri Lanka kerana semua bahan-bahan masakan didatangkan khas dari Jaffna bagi mengekalkan rasa segarnya.

Antara makan terkenal di sini adalah Appam, Puttu, set Thali, Lassi dan sebagainya lagi. Set Thali merupakan hidangan kegemaran ramai ketika makan tengah hari kerana ia adalah set makanan lengkap yang dihidang bersama nasi, dua atau tiga jenis sayur-sayuran, rasam, ayam atau ikan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah lazat ini jika anda singgah di kawasan ini.

3. Naeb Iranian Fine Cuisine
Naeb Iranian Fine Cuisine yang terletak di Ampang merupakan restoran terkenal bagi makanan Iran yang lazat. Antara hidangan yang mendapat tarikan orang ramai adalah Signature Lale Tea di mana ia dihidangkan dengan Iranian Pasteris dan teh, Lamb Koobideh Kebab, Chicken Barberry Saffron Rice, Saffron Ice Cream, Abadan Soup, Torsh Kebab dan Baghali Polo.

Rasai keenakan makanan di sini bersama keluarga dan rakan anda pada hujung minggu atau hari bekerja.

4. Omulab
Pernah ke anda makan nasi dengan telur yang meleleh-leleh macam dekat Jepun? Kunjungi Omulab yang terletak di Petaling Jaya kerana mempunyai menu paling laris yang berasaskan telur sepenuhnya. Hidangan ‘signature’ di Omulab adalah Omurice di mana ia dihidangkan bersama nasi dengan telur yang bersaiz besar.

Antara Omurice yang terkenal di kafe ini adalah Omu Kimchi Tomato, Omukare, Omudemiglace dan Omu Black Pink. Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan lain seperti Omu Noodles, Omu Nasi Lemak, Omu Grill, Omu Cheesy Macaroni With Smoked Streaky, Matcha dan sebagainya.
5. B.Station
Ingin mencuba makanan Korea? B.Station yang terletak di Ampang sangat popular untuk masakan Korea yang menumpukan pada sajian makanan ala rumah yang sihat lagi lazat. Paling menarik di restoran ini merupakan segala makanan yang dimasak adalah tanpa penggunaan MSG atau pengawet.

Antara menu yang boleh didapati di restoran B.station ialah Sundubu-Jjigae, Kimchi Jigae, Spicy Beef Soup, Kimchi Soup, Seafood Pancake, Cheese Dakgalbi dan lain-lain. Selain makanan, susana di restoran ini juga sangat selesa, cantik, comel dan santai, persis kafe di Korea. Jangan lupa kunjungi B.Station jika anda berada di sekitar Ampang. Dijamin enak!