Jaga Kesihatan, Elak Strok Haba

Cuaca panas terik kebelangkan ini telah menjejaskan kesihatan ramai. Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu, anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Strok Haba

Strok haba atau ‘heat stroke’ berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal. Individu yang terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh.

Keadaan ini akan menyebabkan tubuh anda memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang boleh menyebabkan serangan strok haba. Selain itu, tekanan panas juga boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang dan otot anda.

Simptom Strok Haba

• Sakit kepala berdenyut-denyut.
• Badan tidak berpeluh.
• Suhu badan melebihi 39 darjah Celsius.
• Kulit kering dan kemerah-merahan.
• Loya dan muntah.
• Nadi berdenyut laju.
• Pitam.
• Hilang tumpuan.
• Lidah bengkak.
• Tekanan darah rendah.

Langkah Mencegah Strok Haba

• Minum air yang mencukupi.
• Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
• Pakai pakaian longgar, ringan dan bersesuaian.
• Berada di kawasan nyaman dan redup.
• Kurangkan kafein, alkohol dan gula.
• Elakkan berada di kawasan atau ruang tertutup, mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.

Sekiranya terdapat simptom strok haba anda dinasihatkan untuk segera berada di kawasan lebih sejuk atau dilengkapi penyaman udara, mandi air sejuk dan lap atau tuam dengan tuala lembab. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan pakar kesihatan dengan menghubungi 911 sekiranya simptom tidak terkawal.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!