Panduan Penjagaan Kereta Pada Cuaca Panas

Cuaca panas yang melampau bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia malah boleh merosakkan kenderaan. Penjagaan kenderaan pada cuaca begini sangat penting agar dapat melindungi kereta daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan kepanasan melampau. Disenaraikan beberapa panduan penjagaan kereta seperti berikut:

1. Alas Tempat Duduk

Kerusi kenderaan terutamanya kerusi permukaan kulit boleh rosak atau merekah jika terdedah lama di bawah cahaya matahari atau haba yang melampau. Pastikan anda mengalas tempat duduk dengan kain atau bantal kerusi untuk mengurangkan penyerapan haba secara langsung.

2. Meletakkan Kenderaan Di Kawasan Teduh

Meletakkan kenderaan di kawasan terbuka ketika cuaca panas boleh menyebabkan cat kenderaan menjadi pudar. Oleh itu, pastikan anda meletakkan kereta di kawasan yang teduh seperti di bawah pokok atau kawasan berbumbung. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan sebarang kerosakan pada bahagian dalaman kenderaan akibat haba yang melampau.

3. Gunakan Filem Cermin Gelap

Bagi mengelakkan pancaran sinaran cahaya matahari secara terus ke dalam kenderaan, anda digalakkan untuk menggunakan lapisan filem cermin gelap. Ia boleh mengurangkan haba dalam kenderaan dan memantulkan sinaran ultra ungu daripada cahaya matahari. Sebelum memasang filem cermin gelap pastikan anda mematuhi kadar ketelusan cahaya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

4. Pelindung Matahari

Cahaya matahari juga boleh menembusi cermin hadapan dan ia boleh dihalang melalui penggunaan pelindung matahari apabila anda meletakkan kenderaan di kawasan terbuka. Pelindung matahari di cermin hadapan ini bukan sahaja menghalang haba malah boleh memastikan kereta anda sejuk. Selain itu, ia juga menghalang kerosakan kereta akibat sinaran ultra ungu seperti melindungi fabrik kerusi dan papan pemuka daripada pudar.

5. ‘Wax’ Kereta

Cat kenderaan boleh cepat pudar jika terdedah lama di bawah cahaya matahari untuk jangka masa lama. Anda boleh melindungi cat kereta daripada sinaran ultra ungu dengan menggunakan ‘wax’. Pastikan anda menggunakan ‘wax’ sekurang-kurangnya sebulan sekali pada permukaan kenderaan agar dapat melindungi cat kereta pudar dengan cepat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!