Lokasi Sukan Menarik Di Lembah Klang

Pasti ramai seronok meraikan Hari Raya sambil menikmati pelbagai juadah enak di rumah saudara mara tahun ini. Adakah anda risau berat badan semakin meningkat selepas beraya? Ini adalah masa yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti riadah di pusat sukan berikut yang terletak di sekitar Lembah Klang:

pj palms
Sumber : Facebook PJ Palms Sports Centre

1. Pusat Sukan PJ Palms

Ingin berenang dengan kemudahan lengkap? Kunjungi pusat sukan PJ Palms yang terletak di Petaling Jaya untuk melakukan aktiviti riadah bersama rakan atau keluarga pada waktu lapang anda.

Terdapat kolam renang 50 meter dan kolam kanak-kanak untuk anda mencabar kebolehan akuatik di sini. Selain itu, pusat sukan ini juga menawarkan kelas renang untuk kanak-kanak jika anda berminat untuk mengasah bakat renang anak-anak.

PJ Palms Sports Centre
Sumber : Facebook PJ Palms Sports Centre

Bukan sekadar itu, terdapat juga ruang sukan lain seperti kriket, dua gelanggang skuasy dan juga pusat menyelam. Menarik kan!

Jump Street Asia Fb
Sumber : Facebook Jump Street Asia

2. Jump Street Asia

Jump Street Asia yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya adalah ‘trampoline park’ yang pertama di Malaysia. Ia merupakan tempat paling sesuai untuk peminat aktiviti lasak.

Jump Street Asia Fb.jpg 1
Sumber : Facebook Jump Street Asia

Dengan lebih 9,000 kaki persegi trampolin yang disambungkan, anda juga boleh mengambil bahagian dalam permainan bola sepak, ‘zip-line’ di seluruh saluran keluar atau bermain permainan dodgeball.

Sports Arena Puchong
Sumber : Facebook Sports Arena Puchong

3. Arena Sports

Arena Sports adalah antara pusat sukan yang terbesar di Malaysia dengan mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang seperti Taman Sri Sentosa, Mahkota Cheras, Puchong, Bukit Serdang dan sebagainya.

Terdapat gelanggang badminton, gelanggang futsal, kelas taekwondo, dodgeball, bola jaring, gimnasium yang serba lengkap untuk ahli bina badan berlatih dan lain-lain yang boleh anda sertai jika kunjungi pusat sukan ini.

Camp5 Indoor Climbing Eco City
Sumber : Facebook Camp5 Indoor Climbing Eco City

4. Camp5 KL Eco City

Ingin bermain aktiviti berlainan dan mencabar? Kunjungi Camp5 yang terletak di KL Eco City yang menawarkan aktiviti mendaki dengan peringkat cabaran berbeza bergantung pada kumpulan individu.

Pusat memanjat dinding ini sangat mesra keluarga di mana kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti ini. Selain itu, tempat ini juga lengkap dengan pelatih dan sistem keselamatan yang pasti digemari kanak-kanak jika datang ke sini. Terdapat juga kursus asas memanjat dinding untuk orang dewasa dan kanak-kanak sekiranya anda baru berjinak-jinak melakukan aktviti ini.

Selangor.travel.png 1
Sumber : Selangor.travel

5. Shah Alam Extreme Park (SAEPS)

Asyik main futsal dan badminton sahaja? Shah Alam Extreme Park (SAEPS) menawarkan aktiviti berbeza daripada yang biasa untuk mencabar diri anda. ‘Skating’ adalah antara aktiviti yang mencabar dan seronok untuk dilakukan pada waktu lapang. Jika anda seorang yang mahir ‘skating’ atau ingin mencuba permainan ini, kunjungilah SAEPS untuk mengasah bakat anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!