Juadah Buka Puasa Popular Di Bulan Ramadan

Apabila tibanya bulan Ramadan ramai dapat menikmati pelbagai jenis juadah makanan ketika berbuka. Disenaraikan antara makanan popular yang digemari ramai masyarakat Malaysia pada bulan ini:

aneka resepi enak
Sumber : Aneka Resepi Enak

1. Bubur Lambuk

Bubur lambuk merupakan juadah paling popular yang digemari ramai sepanjang bulan Ramadan yang biasa boleh didapati dekat masjid atau bazar. Ia biasanya dimasak secara beramai-ramai di masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Bubur ini juga dimasak secara berbeza mengikut negeri. Misalnya di Terengganu banyak sayur ulam, kerepok keping mentah dan budu digunakan bagi menambah rasa manakala di Selangor dan Kuala Lumpur bubur lambuk ayam dan daging lebih popular.

Malaysian roti john stuffed sandwich

2. Roti John

Roti john adalah antara makanan popular yang menjadi pilihan ramai untuk berbuka. Ia disediakan menggunakan roti panjang dengan salutan telur di bahagian luar dan bertambah enak dilapisi daging cincang, sayur-sayuran, cili sos, lada hitam dan mayonis.

Roti john memang enak dimakan ketika berbuka apabila ia panas dengan sos lada hitam yang menyebabkan juadah ini semakin lazat. Jangan lupa menikmati makanan ini bersama keluarga atau rakan anda ketika berbuka puasa nanti!

Seller preparing murtabak at street stall for iftar during Ramad

3. Murtabak

Murtabak daging atau ayam sangat terkenal pada bulan Ramadan. Juadah yang dinikmati dengan kuah bawang cuka atau kuah kari itu selalunya dijadikan makanan sampingan.

Murtabak kini telah diinovasikan dengan menambah bahan tambahan seperti keju yang telah menjadi rebutan ramai. Terdapat banyak bazar yang menjual murtabak dengan resipi istimewa sendiri hingga ia menjadi antara makanan yang laris dijual.

Malaysia popular assorted sweet dessert or known as kuih kueh

4. Kuih Talam

Kuih talam merupakan kuih tradisional yang biasa didapati di semua kedai makanan. Namun pada bulan Ramadan ia merupakan antara makanan yang paling dicari oleh setiap penggunjung bazar.

Oleh kerana kuih talam mendapat sambutan pelanggan, ia kini divariasikan dengan menambah citarasa baru dan menarik minat pembeli seperti talam cendol, talam keladi, talam suji, talam berlauk, talam kastard jagung dan sebagainya.

Tepung Pelita cakes with Pandan leaf

5. Tepung Pelita

Tepung pelita adalah antara kuih muih yang paling dicari-cari ketika berada di bazar Ramadan kerana rasanya yang manis berlemak, lembut dan terus cair dalam mulut. Pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan ini mempunyai dua lapisan yang dihidangkan dalam bekas daun pandan di mana bahagian atas diperbuat daripada santan putih dan bawahnya pula perasa pandan.

gempak
Sumber : Gempak

6. Pelbagai Jenis Minuman

Selain makanan, minuman juga menjadi tarikan terutamanya di bazar Ramadan. Terdapat aneka jenis minuman yang biasa disediakan di bazar yang ramai akan tertarik untuk beli bagi berbuka bersama keluarga. Antara minuman popular yang boleh didapati adalah air sirap bandung, limau ais, jagung susu, asam boi, teh bunga, soya, limau pudina dan sebagainya. Lebih banyak air yang disajikan, lebih ramai akan tertarik untuk pergi ke gerai tersebut.

doner kebab cutting hen

7. Kebab

Kebab juga adalah juadah berbuka yang sedap di bazar Ramadan. Ia diperbuat daripada roti tortilla, ayam atau daging panggang, sayur-sayuran, sos dan sebagainya. Selain roti tortilla, kebab juga dihidangkan dengan roti bun, roti pita, roti arab dan lain-lain.

Lapisan daging empuk yang dipanggang selapis demi selapis diapit dengan roti pita lembut dan di tambah dengan sos cili, mayonis serta sayuran menjadikan ia juadah utama bagi ramai ketika berbuka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!