Siap Siaga Menghadapi Banjir

Berikutan hujan lebat berterusan dan angin kencang di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini, rakyat perlu bersiap siaga menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu ini. Persiapan menghadapi cuaca ini perlu dilakukan agar dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat berlakunya banjir. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mengharungi situasi tidak terduga tersebut:

1. Merancang Pelan Banjir

Disebabkan hampir banyak negeri telah menghadapi banjir pada tahun lepas dan ketika ini, anda digalakkan untuk melakukan perancangan awal bersama keluarga untuk menghadapi banjir.

Buat pelan banjir dengan menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap ahli keluarga jika anda perlu mengosongkan rumah anda. Pastikan setiap orang mempunyai tanggungjawab sendiri agar memudahkan proses keluar rumah nanti.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, pastikan ia tidak ketinggalan. Rancang sesuatu untuk memindahkan haiwan peliharaan anda ke tempat selamat. Senaraikan laluan pemindahan yang boleh anda gunakan untuk keluar, senarai tempat perlindungan yang akan dibuka untuk kejadian sedemikian dan senaraikan nombor panggilan kecemasan yang mungkin perlu anda gunakan jika banjir berterusan.

2. Senaraikan Barang Yang Perlu Diselamatkan

Ketika banjir atau air semakin meningkat dalam rumah, ramai cenderung untuk cepat cemas dan lupa menyelamatkan barang peribadi. Misalnya dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir, pasport, sijil perkahwinan, polisi insurans, rekod perubatan, dan sebagainya.

Oleh itu, kenal pasti barangan anda yang paling berharga sebelum banjir dan simpan di tempat yang selamat (sebaik-baiknya di atas kaunter tinggi atau di atas perabot bertingkat tinggi). Pastikan barangan tersebut boleh diakses dengan cepat semasa kecemasan.

3. Sediakan Beg Bekalan Bencana

Pastikan anda sediakan beg bekalan bencana kalis air untuk memudahkan anda menghadapi banjir apabila terpaksa pergi ke pusat pemindahan sementara. Barangan penting yang perlu diletakkan dalam beg tersebut adalah:
• Wang kecemasan
• Air minuman
• Makanan tidak mudah rosak
• Peti pertolongan cemas
• Lampu suluh dan bateri
• Selimut
• Pakaian
• Kunci rumah, kereta dan lain-lain.
• Peralatan mandian

4. Ketahui Cara Pengendalian Selamat Utiliti

Pengendalian selamat barangan elektrik di rumah terutamanya apabila hujan dan banjir sangat penting. Ingat langkah-langkah penting ini sebelum mengosongkan kediaman anda atau berpindah ke tempat yang lebih tinggi:
• Matikan bekalan utiliti rumah anda (gas, elektrik, air dan sebagainya).
• Cabut dan tanggalkan palam penyesuai untuk peralatan berat (peti sejuk, ketuhar, pemanas air, mesin basuh, pengering dan sebagainya)

5. Hubungi Keluarga Terdekat

Kawasan yang mudah dilanda banjir kini sukar diramalkan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi keluarga terdekat untuk memaklumkan keadaan semasa anda pada waktu kecemasan. Pastikan anda dapat dihubungi pada bila-bila masa terutamanya melalui telefon bimbit.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!