Kepentingan Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Memandu

Sebelum memandu ke sesuatu destinasi adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memeriksa kenderaan dan melakukan penyenggaraan awal jika perlu. Ia sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada kenderaan ketika memandu. Berikut disenaraikan senarai semak mudah untuk membantu anda lakukan pemeriksaan awal kenderaan secara berjadual:

Pemeriksaan Paras Bendalir

Pemeriksaan paras bendalir komponen kereta adalah sangat penting untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan baik. Antara paras bendalir yang perlu anda periksa ialah:

• Bahan penyejuk
• Pencuci cermin
• Transmisi
• Stereng kuasa
• Minyak enjin
• Brek
• Bateri

Tahukah anda kebanyakan kereta terkandas disebabkan masalah bateri. Sementara itu, cuaca terlampau panas atau sejuk turut melemahkan kuasa bateri. Justeru, pastikan bateri sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih sebelum anda melakukan perjalanan.

Aspek Penglihatan

Penglihatan yang jelas semasa memandu mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pemandu kenderaan perlu memastikan cermin dan lampu dijaga dengan baik untuk memberi penglihatan yang baik. Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dijaga pada kenderaan seperti berikut:

• Pengelap cermin yang kotor mengaburkan penglihatan pemandu.
• Lampu yang terbakar mengelirukan pemandu lain.
• Lampu isyarat yang rosak membantutkan komunikasi dengan pemandu lain.
• Bersihkan bilah pengelap cermin bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah.
• Tukar bilah pengelap cermin apabila tiba masanya atau enam bulan sekali bagi memastikan kebolehpakaian alat ini masih berada dalam keadaan baik.

Tayar

Tayar merupakan komponen utama pada sesebuah kenderaan. Ia perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan berada dalam keadaan baik bagi pemanduan selesa. Pastikan pengguna kenderaan sentiasa memeriksa tekanan udara tayar secara berkala supaya ia berada dalam keadaan baik serta dapat meningkatkan jangka hayat penggunaannya.
Tekanan udara tayar sempurna menjamin keselamatan di samping menjimatkan penggunaan bahan api. Putaran tayar (depan ke belakang dan sebaliknya) pada jarak berkala juga mampu memanjangkan jangka hayat bunga tayar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!