Pulau Pinang sangat popular kerana kepelbagaian juadah yang bervariasi di negeri ‘syurga makanan’ ini. Ramai sanggup melakukan ‘food hunting’ pada hujung minggu hanya untuk menikmati makanan lazat yang terdapat di sini. Bukan sekadar itu, kini kafe-kafe dengan tarikan astetik dan unik juga mendapat perhatian pelancong. Disenaraikan beberapa kafe menarik yang boleh anda kunjungi sekiranya melawat negeri ini seperti berikut:

1. China House
Biasa kita dengar tentang China Town kan? China House yang terletak di Georgetown merupakan kafe terkenal di kalangan pelancong kerana keunikan hiasan dalaman yang bertemakan estetik dan klasik.
Selain makanan dan hiasan dalaman, kafe ini meraih sambutan pelanggan kerana ruang yang disediakan sesuai untuk pelanggan bersantai dan berehat. Antara makanan yang mendapat sambutan pelanggan adalah Toast Banana, Grilled Chicken Breast in Laksa Soup, Hokkien Spaghetti Bolognese, Ayam Perchik, Beef and Pumpkin Lasagne dan sebagainya.

2. Kafe Fly Me To
Inginkan suasana tenang sambil menjamu selera? Kafe Fly Me To yang terletak di Wow Hotel, Pulau Pinang merupakan salah satu kafe unik bertemakan bohemian. Atmosfera kafe ini sangat selesa dan tenang kerana ia terletak di ‘rooftop’ hotel dengan pemandangan Menara KOMTAR yang menakjubkan.
Pelanggan boleh menimkati juadah mereka sambil makan angin di ruang khemah beserta pemandangan sekeliling melalui ‘glass door’ yang disediakan. Antara makanan yang wajib dicuba di sini ialah Truffle Carbonara Hotate Ikura Pasta, Ruffle Pizza, Cheese Rice Ball dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil banyak gambar yang ‘instagrammable’ di setiap sudut kafe cantik ini!

3. Norm Micro Roastery
Terletak di ruang yang mempunyai siling tinggi, perabot minimalis dan simen yang digilap, Norm Micro Roastery mempunyai ruang makanan yang berkonsepkan perindustrian.
Cahaya matahari melimpah masuk dari bumbung, menjadikan kafe ini kelihatan seolah-olah mempunyai bumbung terbuka, tetapi sebenarnya ia berlorek sepenuhnya dan berhawa dingin. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang sihat seperti puding granola dan chia serta hidangan lazat seperti roti bakar Perancis, risotto dan pasta. Tiramisu istimewa mereka dan kopi yang sedap mesti dicuba apabila anda mengunjungi kafe ini nanti!

4. Kopi Hutan
Terletak di puncak Bukit Bendera pada ketinggian 730 meter dari paras laut.Kopi Hutan merupakan kafe yang terletak pada lokasi tertinggi di Pulau Pinang. Anda mungkin sudah tahu apa menu yang boleh diharapkan di sini daripada namanya – pada dasarnya kopi yang enak di ruang yang menawan yang dikelilingi oleh banyak pokok!
Bersantai selepas menerokai Bukit Bendera dengan secawan kopi Arabica yang beraroma wangi dengan kek yang baru dibakar perlu anda cuba. Walaupun pilihan menu di sini agak terhad, ia masih merupakan ruang yang sangat indah untuk berehat dan mengecas semula badan anda.

5. Narrow Marrow
Narrow Marrow kafe yang terletak di Lebuh Pantai, Georgetown adalah kafe popular yang terkenal dengan keenakan kek tiramisu. Ia merupakan antara lokasi kek terbaik di Pulau Pinang disamping ruang dalaman kafe yang unik dan berseni.
Ia dimiliki oleh seorang arkitek yang mereka bentuk kafe ini dengan butiran dalaman yang astetik bagi menarik perhatian pelanggan. Kafe ini juga terkenal dengan kepelbagaian pilihan kopi, chai, kek dan sebagainya.