Punca Lampu Indikator Bateri Menyala

Pernahkah anda perasan lampu indikator bateri menyala ataupun berkelip-kelip pada panel meter kereta selepas menghidupkan enjin? Jika ya, ia adalah satu petanda awal yang menunjukkan terdapat kerosakan pada sistem bateri kereta anda. Ketahui punca-punca lampu indikator ini menyala agar anda dapat lebih berwaspada nanti:

1. Masalah Pada ‘Alternator’

Penjanakuasa atau juga dikenali sebagai ‘alternator’ pada kenderaan anda mungkin mengalami kerosakan. ‘Alternator’ berfungsi untuk menjana tenaga elektrik bagi mengecas bateri kenderaan.

2. Ikatan Wayar Longgar

Sekiranya lampu indikator berkelip-kelip, ikatan wayar di dalam kotak fius berkemungkinan telah longgar. Apabila ikatan wayar tersebut longgar, ia akan menyebabkan gangguan pada arus elektrik. Periksa ikatan wayar dahulu, sekiranya ia longgar anda perlu ketatkan skru penyambungan yang berada antara wayar dan kaki fius agar bateri mampu berfungsi dengan baik semula.

3. Kepala Bateri Longgar

Kepala bateri yang tidak diikat dengan ketat akan menyebabkan indikator bateri berkelip. Secara tidak langsung ia menyebabkan masalah pada komponen dalaman kereta seperti radio di mana ia kurang mendapat signal atau berbunyi desir. Anda boleh mengetatkan kepala bateri pada bahagian bumi iaitu ‘grounding’ bagi mengatasi masalah ini.

4. Asid Kering

Tompokan asid kering berbentuk debu putih boleh terkumpul pada kepala atau terminal bateri hasil tindak balas kimia daripada sentuhan dua permukaan logam dan arus elektrik yang melaluinya. Ia akan menghalang proses pengecasan semula bateri sewaktu pemanduan kereta dan menjadi penyebab kakisan logam.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu bersihkan terminal bateri dengan menuang air panas pada bahagian beroksid sahaja supaya keputihan tertanggal dengan cepat dan memastikan bateri kereta berfungsi secara optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!