Panduan Penjagaan Kenderaan Musim Banjir

Seringkali pada hujung tahun, hujan lebat berpanjangan melanda hingga mengakibatkan kejadian banjir di lokasi yang tidak dijangka. Tahun 2021 menyaksikan bencana banjir luar biasa yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Sebagai langkah persediaan menghadapi situasi tidak diundang ini, disenaraikan beberapa tips penjagaan dan pengendalian kenderaan ketika musim banjir:

car flood

1. Parkir Kenderaan di Tempat Selamat

Pastikan anda parkir kenderaan di kawasan yang tinggi dan tidak mudah dilimpahi air banjir bagi melindungi kereta daripada sebarang kerosakan dalaman dan luaran.

2. Pandu Perlahan

Pandu kereta secara perlahan atau pada gear rendah apabila melalui kawasan banjir untuk mengelakkan air memasuki kenderaan. Tindakan memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan anda hilang kawalan akibat berlakunya keadaan akuasatah yang juga dikenali sebagai ‘aquaplanning’.

3. Tutup Ekzos

Pastikan anda menutup lubang ekzos dengan sesuatu barang yang padat dan kalis air seperti plastik atau botol sebelum air banjir mencapai komponen tersebut. Langkah ini sangat penting bagi menghalang air banjir daripada memasuki ekzos dan merosakkan komponen lain kenderaan.

4. Periksa Paras Air

Periksa keadaan kenderaan selepas banjir surut untuk menilai tahap kerosakan sama ada air banjir telah menjejaskan keseluruhan kenderaan atau hanya memasuki sesetengah komponen.

5. Cabut Terminal Bateri

Apabila air banjir semakin meningkat, pastikan anda menanggalkan terminal bateri atau mengeluarkan bateri daripada kereta untuk mengelakkan berlakunya litar pintas pada sistem elektronik. Adalah penting untuk menanggalkan terminal bateri tersebut supaya sistem elektronik dapat dihidupkan semula selepas banjir surut dan berfungsi semula dengan baik.

6. Jangan Hidupkan Enjin

Ramai melakukan kesilapan ini hingga mengakibatkan kerosakan kenderaan. Jangan sesekali menghidupkan enjin kenderaan yang telah dimasuki air banjir. Hal ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin tersebut kemungkinan besar akan mengalami kerosakan yang lebih teruk.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi lori tunda untuk membawa kereta ke bengkel bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

7. Cabut dan Keringkan Komponen Kenderaan

Setelah air banjir surut, pastikan anda mencabut dan mengeluarkan komponen dalaman seperti radio, kerusi kereta dan lain-lain komponen untuk proses mengeringkannya sebelum menggunakan semula kenderaan. Pastikan anda bersihkan kerusi kereta jenis fabrik untuk mengelakkan ia berbau akibat air banjir yang kotor.

8. Hubungi SPANCO

Jika anda pengguna kenderaan SPANCO, hubungi SPANCO untuk bantuan menunda kenderaan bagi tujuan pembaikan dan pembersihan selepas tenggelam akibat banjir. Sila hubungi talian bebas tol 1800-88-6999 atau melaporkan kejadian banjir menerusi aplikasi mobile SPANCO untuk sebarang bantuan kecemasan melibatkan kenderaan SPANCO semasa banjir.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!