Elakkan Kemalangan Dengan Mematuhi Had Laju Jalan Raya

Kereta yang dipandu melebihi had laju jalan raya merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan hingga meragut nyawa. Pemandu kenderaan perlu mengetahui kepentingan mematuhi had laju jalan raya demi menjaga keselamatan diri, penumpang dan pengguna lain.

Maksud Had Laju

Had laju merupakan salah satu peraturan jalan raya yang menetapkan kelajuan maksimum atau minimum yang selamat bagi pemanduan di jalan raya. Ia biasanya ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai satu langkah bagi mencegah kemalangan jalan raya akibat sikap pemanduan yang cuai sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bahaya Memandu Melebihi Had Laju

Kenderaan hendaklah dipandu dengan kelajuan yang bersesuaian atau mengikut had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta dapat dikawal sekiranya berlaku situasi kecemasan. Hal ini kerana setiap ketetapan had laju mengambil kira faktor-faktor seperti saiz jalan, jenis jalan, keadaan jalan dan persekitaran.

Walaupun menyedari bahaya pemanduan melebihi had laju, masih terdapat ramai pemandu di negara kita yang melakukan kesalahan ini tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Had Laju Jalan Raya

Pemandu perlulah sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan jalan raya. Berikut disenaraikan beberapa tahap had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa:

1. Lebuh Raya

Had laju di lebuh raya bagi kenderaan ringan ialah 110km/j dan kenderaan berat adalah 80 hingga 90km/j.

2. Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri

Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri bagi kenderaan ringan ialah 90km/j dan untuk kenderaan berat adalah 70 hingga 80km/j.

3. Kawasan Bandar

Had laju di kawasan bandar bagi kenderaan ringan dan kenderaan berat ialah 60km/j.

4. Kawasan Sekolah

Had laju di kawasan bandar bagi kenderaan ringan dan kenderaan berat ialah 30km/j.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!