Kepentingan Kebersihan Persekitaran Demi Menjaga Kesihatan

Setelah hampir dua tahun, seluruh negara masih lagi berhadapan dengan wabak COVID-19. Sejak penularan virus ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO) sentiasa menekankan aspek kebersihan bagi melindungi diri dan orang sekeliling daripada penyebaran wabak ini. Amalan ini telah menjadi sebahagian daripada rutin dalam kehidupan harian kita bagi membendung penularan wabak yang merbahaya ini.

Pihak KKM juga kerap menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) melalui pendekatan 3W (Wash, Wear, Warn) dan mengelakkan 3S atau 3C iaitu mengelakkan berada di tempat sesak (crowded place), tempat sempit dan tertutup (confined space) dan sembang dekat-dekat (close conversation). Ia adalah antara langkah pencegahan yang sangat penting bagi mengawal jangkitan virus COVID-19.

Menjaga Kebersihan Persekitaran

Namun begitu, dalam masa menjaga SOP yang ditetapkan, orang ramai semakin terlepas pandang akan kebersihan persekitaran dan peralatan peribadi yang lain. Anda perlu sentiasa waspada, bahawa virus ini bukan sahaja tersebar melalui pernafasan tetapi melalui tangan yang tidak bersih, dan kemudiannya tangan tersebut menyentuh mata, mulut dan hidung.

Oleh hal yang demikian menjaga kebersihan persekitaran sangat penting bagi mengekang penularan virus ini. Pastikan anda menjaga kebersihan persekitaran seperti ruang tempat kerja, kawasan rumah dan mengelakkan berada di tempat-tempat yang mempunyai kehadiran orang ramai.

Selain persekitaran dalaman dan luaran, jangan lupa untuk membersihkan gadget seperti telefon pintar, komputer, tab dan sebagainya. Hal ini kerana permukaan gadget yang digunakan oleh anda mungkin terdedah dengan virus dan mempunyai kotoran yang boleh menjejaskan kesihatan diri.

Seterusnya, pastikan anda membersihkan ruang dalaman dan luaran kenderaan terutamanya bagi sesiapa yang menggunakan kereta untuk tujuan e-hailing. Kemasukan penumpang dari merata tempat boleh meningkatkan risiko pendedahan pada virus COVID-19. Oleh kerana itu, anda digalakkan untuk melakukan sanitasi setiap kali penumpang keluar atau masuk bagi menjaga kesihatan diri.

pexels-karolina-grabowska-4239130

Segala langkah pembersihan ini perlulah dilakukan secara rutin kerana risiko jangkitan COVID-19 adalah sangat mudah. Pastikan proses sanitasi dilakukan di rumah dan tempat kerja anda, terutamanya tempat yang kerap disentuh seperti suis-suis, tombol pintu, alat kawalan jauh, lengan kerusi dan sebagainya kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan virus.

Pematuhan SOP dan amalan kebersihan persekitaran perlulah diutamakan demi menjaga kesejahteraan kesihatan. Hal ini kerana tanpa kita disedari, tempat-tempat yang sentiasa disentuh dalam kehidupan harian sebenarnya boleh menjadi tempat penyebaran virus yang tidak dijangka oleh kita. Dengan ini, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan persekitaran supaya jangkitan COVID-19 dapat dibendung dan kita dapat memutuskan rantai COVID-19 daripada terus merebak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!