Awasi 4 Tanda ‘Engine Control Unit’ Mengalami Masalah

Unit Kawalan Enjin atau juga dikenali sebagai ‘Engine Control Unit’ (ECU) adalah salah satu komponen elektronik utama bagi sesebuah kereta. Ia berfungsi berdasarkan sensor-sensor yang terhubung dengannya sehingga ia dapat mengawal komponen kereta yang lain agar berfungsi secara optimum. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh mengakibatkan kerosakan terhadap komponen lain dalam kenderaan. Oleh itu, berikut adalah tanda – tanda amaran awal untuk mengenal pasti kerosakan komponen ini:

1. Lampu ‘Check Engine’ Menyala

Salah satu tanda awal kerosakan ECU adalah lampu ‘check engine’ menyala lama setelah kereta dihidupkan.

Lampu ini biasanya menyala apabila komputer mengesan sesuatu masalah pada sistem kenderaan iaitu sensor atau litar. Walau bagaimanapun, terdapat kes di mana ECU menyalakan lampu ‘check engine’ secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang masalah pada kenderaan. Oleh itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan pada sistem kenderaan untuk mengenal pasti punca sebenar lampu tersebut menyala.

2. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

ECU yang mengalami kerosakan sering meningkatkan penggunaan bahan api. Hal ini kerana ia tidak dapat memahami berapa nisbah bahan api yang perlu dihantar ke ruang pembakaran hingga menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi secara optimum.

Oleh kerana itu, penggunaan nisbah bahan api menjadi tidak seimbang dan berkemungkinan terlalu banyak bahan api sering dihantar untuk terbakar dalam proses pembakaran. Anda boleh mengenal pasti masalah ini dengan mengawasi penggunaan bahan api harian kenderaan anda. Lakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan komponen lain.

3. Kereta Sukar Dihidupkan

ECU bermasalah atau rosak juga boleh menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan. Kadangkala kapasitor dalam ECU boleh bocor dan mengeluarkan asid yang boleh mencairkan papan ECU tersebut. Oleh hal yang demikian ECU yang rosak secara tidak langsung menyebabkan enjin kereta sukar dihidupkan dan memerlukan pemeriksaan segera.

4. Penurunan Prestasi Enjin

ECU yang mempunyai sebarang masalah boleh menyebabkan kenderaan mengalami pengurangan kecekapan bahan api dan kerosakan dari segi ‘timing’. Hal ini akan mengurangkan prestasi enjin kerana kuasa dan kecekapan bahan api berkurangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!