Petua Mudah Untuk ‘Parking’ Kereta

Sesetengah pemandu sangat mahir memandu kenderaan tetapi gagal meletakkan kereta dengan betul di tempat letak kenderaan. Ramai dalam kalangan mereka masih takut atau ragu-ragu untuk berbuat demikian. Bagi memudahkan anda, berikut merupakan kaedah meletakkan kenderaan di tiga jenis petak letak kenderaan yang berbeza:

Letak Kereta Selari

Meletak kereta selari merupakan antara kaedah yang sangat senang untuk dilakukan walaupun ia kelihatan sukar pada mulanya. Pemandu kereta hanya memerlukan kemahiran mengagak sama ada ruang meletak kereta muat untuk kereta dipandu atau tidak. Berikut merupakan kaedah meletak kereta selari:

1. Semasa menghampiri ruang kosong, perhatikan kenderaan di belakang anda dan mulakan membrek secara perlahan-lahan sebelum mengundur.

2. Kemudian, undur secara perlahan-lahan dengan memusingkan stereng ke kiri sehingga kereta berada dalam anggaran 45 darjah dengan bahu jalan. Pastikan stereng depan anda berada selari dengan bampar belakang kereta hadapan di sisi anda.

3. Seterusnya, luruskan semula tayar depan kereta anda. Teruskan mengundur sehingga hujung sebelah kiri bampar depan kereta anda selari dengan belakang kereta hadapan di sisi anda.

4. Selepas itu, pusingkan stereng serta merta ke kanan sampai habis semasa berundur sehinggalah kenderaan anda selari dengan bahu jalan.

5. Bawa kereta ke hadapan dan luruskan semula roda. Berhentilah di tengah-tengah kereta di hadapan dan belakang kenderaan anda. Akhirnya jangan lupa tarik brek tangan bagi memastikan kereta anda tidak bergerak.

Letak Kereta Bersudut

Cara letak kereta bersudut merupakan kaedah parkir paling mudah dan kerap ditemui di kawasan parkir. Kaedah betul meletakkan kereta bersudut adalah:

1. Ketika memasuki ruang letak kereta, jangan lupa memasang lampu isyarat, jarakkan ruang anggaran 2 meter untuk memusingkan kenderaan anda masuk dan luruskan tayar kenderaan anda selepas memasuki ruang letak kereta.

2. Ketika meninggalkan ruang letak kereta, jangan lupa undur dengan perlahan dan perhatikan kenderaan di belakang anda. Berhenti jika perlu. Seterusnya, jika kenderaan di sebelah anda lebih panjang daripada kereta anda, berhenti apabila belakang kereta anda selari dengan kenderaan yang lebih panjang. Kemudian undur perlahan-lahan sambil memerhatikan ke belakang anda.

Letak Kereta Di Kawasan Bukit

Meletakkan kereta di kawasan bukit atau permukaan jalan curam sangat bahaya jika tidak melakukannya dengan kaedah betul. Pastikan anda menarik brek tangan dan memasukkan gear rendah bagi transmisi manual atau ‘P’ untuk transmisi automatik bagi mengelakkan kenderaan anda berundur ke belakang.

Jika anda meletakkan kereta menaiki bukit yang mempunyai bahu jalan, pusingkan tayar depan ke kanan dan biarkan kereta anda berundur sehingga roda kiri depan menyentuh bahu jalan.

Selain itu, jika anda meletakkan kereta menaiki bukit tanpa bahu jalan, pusingkan roda depan ke kiri. Sebaliknya jika anda meletakkan kenderaan ke arah turun bukit, pastikan untuk sentiasa memusingkan roda depan anda ke kiri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!