7 Tempat ‘Hiking’ Menarik Di Lembah Klang

Bosan duduk di dalam rumah? Kini anda boleh melakukan semula aktiviti riadah seperti mendaki bukit, gunung, berkelah dan sebagainya seperti biasa. Disenaraikan beberapa tempat ‘hiking’ menarik di sekitar Lembah Klang untuk anda kunjungi pada hujung minggu nanti.

1. Bukit Besi

IMG_0332
Sumber: www.mdfaiez84.com

‘Kaki’ panjat bukit mesti rindu melakukan aktiviti mendaki setelah sekian lama. Kunjungi Bukit Besi yang terletak di Cheras sekiranya anda teringin menjelajah laluan ‘hiking’ yang mencabar. Walaupun laluan bukit ini sangat mencabar untuk didaki anda tidak perlu risau kerana alat keselamatan seperti tali disediakan bagi penggunaan mendaki.

59adfba2c3d639467e3b7b4a
Sumber: tinnitusmix.blogspot.com

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menikmati pemandangan taman perumahan dan bandar Kuala Lumpur yang mengasyikkan selepas berjaya sampai di puncak bukit. Pastikan anda berpakaian sesuai dan membawa air yang mencukupi kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam untuk tiba di puncak bukit.

2. Taman Rimba Bukit Kerinchi

rimba
Sumber: Instagram @heartpatrick

Taman Rimba Bukit Kerinchi yang terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjungnya. Ia merupakan laluan ‘hiking’ sesuai untuk sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak melakukan aktiviti mendaki kerana mempunyai laluan yang sangat mudah.

rimba 2
Sumber: Instagram @promisedlandwithin

Sepanjang pendakian, anda boleh melihat pemandangan hutan sekunder yang cantik, alam semula jadi yang masih terpelihara dan berpeluang melihat bekas ladang getah. Para pendaki juga boleh melalui jambatan goyang sekiranya menginginkan laluan mendaki yang menguji stamina anda.

3. Bukit Kuari

kuari
Sumber: Instagram @kee_budakmerah

Bukit Kuari atau lebih dikenali sebagai Rawang Bypass adalah salah satu lokasi hiking ‘viral’ dalam media sosial baru-baru ini. Para pendaki bukan sahaja dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik malah anda dapat menyaksikan pemandangan indah lebuh raya paling tinggi di Malaysia dari puncak bukit ini.

kuari 1
Sumber: Instagram @zacfelix_travels

Pada awal pendakian anda perlu menyusuri terowong air dan melalui batuan licin sebelum menikmati pemandangan yang mengasyikkan di puncak bukit. Jangan lupa mengambil gambar yang cantik di puncak untuk disimpan sebagai kenangan!

4. Taman Tugu

taman tugu
Sumber: Facebook Coach Esfah

Taman Tugu yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur mempunyai laluan yang sangat mudah untuk para pendaki. Sepanjang laluan terdapat petunjuk-petunjuk yang memudahkan laluan pendakian anda dan ia sangat membantu bagi sesiapa yang ingin memulakan aktiviti mendaki bagi kali pertama.

tugu 1
Sumber: Instagram @yientingg

Para pendaki boleh menikmati pemandangan alam sekitar yang memukau jiwa sambil menghirup udara segar di Taman Tugu. Terdapat lebih kurang 4,000 spesis pokok serta tumbuhan yang dijaga dan dipelihara dalam taman ini yang boleh anda lihat sepanjang perjalanan.

5. Bukit Saga

saga
Sumber: Facebook KL The Guide

Ingin bermandi-manda selepas penat mendaki? Bukit Saga atau lebih dikenali sebagai Bukit Apek yang terletak di Ampang adalah lokasi sesuai untuk anda melakukan aktiviti mendaki bersama keluarga atau rakan.

saga 1
Sumber: Instagram @heyjennyhere

Terdapat sebanyak tiga laluan yang boleh anda pilih untuk memulakan perjalanan pendakian iaitu ‘Trail A’, ‘Trail B’ atau ‘Trail C’. Laluan ke puncak akan mengambil masa selama satu hingga dua jam bergantung kepada stamina anda. Selepas tiba di puncak, anda boleh meneruskan perjalanan ke air terjun untuk bersantai dan menghilangkan rasa kepenatan selepas mendaki.

6. Bukit Wawasan

wawasan
Sumber: afiqhalid.com

Bukit Wawasan yang terletak di Puchong adalah lokasi yang menarik untuk meluangkan masa beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada cuti hujung minggu. Lokasi mendaki ini mempunyai ketinggian 233 meter dan sangat mudah untuk didaki.

blue-lagoon-1-min
Sumber: amazingnara.com

Pendakian akan mengambil masa sekitar 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke puncak. Di samping melihat alam semula jadi yang hijau, anda juga berpeluang menikmati keindahan ‘Blue Lagoon’ iaitu air sungai biru yang menenangkan jiwa.

7. Tasik Cermin

cermin
Sumber: nadzirahata.blogspot.com

Adakah anda individu yang baru berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti mendaki? Tasik Cermin yang terletak di Shah Alam adalah lokasi pilihan pendaki baharu untuk melakukan aktiviti pendakian mereka kerana ia mempunyai laluan yang sangat mudah.

cermin 1
Sumber: nadzirahata.blogspot.com

Sepanjang perjalanan anda dapat menikmati pemandangan indah hutan simpanan dan tapak pembinaan yang luas. Di samping mendaki, anda juga boleh melakukan aktiviti kayak di tasik berwarna seakan-akan hijau zamrud bersama keluarga atau rakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!