Tips Memandu Kereta Pada Waktu Malam

Ramai pemandu gemar memandu kereta pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, cuaca yang lebih sejuk pada waktu malam turut memberikan tahap keselesaan memandu yang lebih baik. Walau bagaimanapun, memandu pada waktu malam lebih berisiko daripada memandu pada waktu siang kerana terdapat beberapa kekangan yang boleh dihadapi oleh pemandu. Bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku, disenaraikan tips memandu kereta secara selamat:

1. Kekalkan Jarak Selamat

Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain pada waktu malam amat penting kerana jarak penglihatan kita sangat terhad. Patuhi peraturan jarak 5 saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan dapat membrek kereta secara selamat jika berlaku kecemasan.

2. Menyenggara Lampu

Sentiasa lakukan penyenggaraan kereta terutamanya lampu sebelum memulakan sesuatu perjalanan pada waktu malam. Periksa semula keadaan lampu hadapan kenderaan atau ‘headlamp’ supaya ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

Pastikan lampu hadapan berada di posisi tepat, manakala talaan lampu mengikut posisi yang sebenarnya. Jika lampu terlalu rendah, anda tidak nampak jauh ke hadapan dan jika lampu terlalu tinggi, pemandu dari arah bertentangan akan menghadapi rabun silau yang menjejaskan penglihatan mereka.

3. Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Sebagai pemandu berhemah anda perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling khususnya terhadap pergerakan kenderaan lain ketika melalui laluan bersimpang. Hal ini kerana terdapat segelintir pemandu yang memandu secara agresif tanpa mempedulikan pemandu lain yang berada di laluan betul hingga mengakibatkan kemalangan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan mengambil sedikit masa untuk melihat pergerakan kenderaan lain dan memberi ruang kepada kenderaan tersebut.

4. Rehat Secukupnya

Memandu tanpa rehat atau dalam keadaan mengantuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat ‘microsleep’. Situasi ini berlaku apabila badan seseorang berada dalam keadaan letih dan menyebabkan anda tertidur seketika semasa memandu.

Sekiranya anda berasa penat semasa memandu, berhenti sebentar di stesen minyak atau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) berdekatan untuk berehat sebelum melakukan perjalanan semula.

5. Gunakan Lampu Isyarat

Menggunakan lampu isyarat semasa memandu adalah sangat penting untuk memberi isyarat pergerakan kenderaan kepada pemandu lain. Gunakan lampu isyarat ketika anda menukar lorong atau semasa berada di simpang jalan supaya pemandu lain dapat isyarat pergerakan kenderaan anda tidak kira samada pemanduan pada waktu siang atau pada waktu malam.

Selain itu, pastikan lampu isyarat berfungsi dengan baik agar pemanduan anda selamat.

6. Menjaga Kebersihan Cermin Hadapan

Penglihatan yang jelas sangat penting semasa melakukan perjalanan jauh pada waktu malam. Permukaan cermin hadapan yang berminyak atau berhabuk boleh menjejaskan penglihatan pemandu.

Bersihkan permukaan cermin hadapan di luar dan dalam dengan menggunakan surat khabar atau kain mikrofiber untuk membuang kesan minyak atau membersihkan habuk tersebut. Pastikan anda menyimpan sehelai kain mikrofiber dalam kereta untuk mengelap cermin semasa situasi kecemasan seperti hujan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!