Tips Meningkatkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Bateri adalah ibarat jantung dalam kenderaan yang diperlukan untuk ia terus bergerak lancar di atas jalan raya. Penjagaan dan penyenggaraan yang betul akan meningkatkan jangka hayatnya. Disenaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menjaga komponen ini bagi tempoh masa yang lama.

1. Memasang Bateri Dengan Betul

Bateri yang tidak dipasang dengan betul atau ketat akan menyebabkan berlakunya gegaran semasa memandu. Hal ini boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri serta menyebabkan berlakunya litar pintas. Ia secara tidak langsung akan mengurangkan jangka hayat bateri.

dreamstime_m_49602599_edit-696×464

2. Kebersihan Bateri

Pernahkah anda melihat kesan tompokan putih di sekeliling terminal bateri? Ia adalah tompokan asid kering yang terhasil akibat proses pengecasan dan nyah-pengecasan. Pembentukan hakisan ini akan menjejaskan fungsi bateri.

Oleh itu, pastikan terminal dan kabel penyambung sentiasa dibersihkan menggunakan kertas pasir atau berus bersesuaian sebelum anda mengetatkan semula nat. Terminal bateri yang bersih akan memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

3. Mematikan Lampu

Lampu kereta yang dibiarkan menyala semalaman boleh menyebabkan bateri ternyahcas dengan pantas serta mengurangkan fungsinya. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk memastikan lampu kenderaan dimatikan setiap kali keluar dari kereta supaya dapat mengelakkan berlakunya kerosakan bateri pada keesokan hari.

4. Mematikan Sistem Elektronik

Sering kali pengguna kenderaan leka untuk mematikan radio dan penghawa dingin semasa enjin kenderaan tidak dihidupkan. Situasi ini akan menyebabkan kuasa bateri lemah dan enjin kereta susah dihidupkan semula.

Bagi mengelakkan keadaan ini, pastikan anda mematikan semua aksesori elektronik apabila enjin kenderaan anda tidak dihidupkan.

5. Jarak Perjalanan Kereta

Hadkan perjalanan jarak dekat kerana memandu kereta untuk tempoh masa yang pendek boleh menghalang bateri kereta daripada dicas sepenuhnya oleh alternator. Hal ini akan mengurangkan jangka hayat bateri dan menyebabkan bateri gagal mengecas sepenuhnya.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menggunakan kenderaan bagi melakukan perjalanan jarak jauh dan memandu dengan kerap untuk mengekalkan kuasa bateri pada tahap optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!