Fungsi Dan Kegunaan Brek Tangan

Sistem brek berfungsi untuk memperlahankan, memberhentikan dan juga mengawal kenderaan. Terdapat dua jenis sistem brek dalam sesebuah kereta iaitu brek utama dan brek tangan. Brek tangan adalah elemen penting dalam kenderaan yang boleh digunakan untuk mengelakkan pelanggaran dan mengawal pergerakan kereta dalam situasi kecemasan. Dengan ini, marilah kita sama-sama mengenali fungsi dan kegunaan brek tangan.

Fungsi Brek Tangan

Brek tangan atau lebih dikenali sebagai brek parkir adalah sebahagian daripada sistem brek kenderaan yang digunakan untuk memastikan kenderaan anda kekal berada dalam keadaan statik. Ia juga berfungsi sebagai brek kecemasan untuk menghentikan kenderaan apabila brek utama gagal berfungsi pada situasi tidak diingini.

Selain itu, brek ini juga digunakan untuk mengunci roda bagi memastikan kereta anda tidak menggelongsor ketika meletakkan kereta di kawasan tidak rata seperti bukit atau jalan permukaan curam.

Cara Penggunaan

Brek utama menggunakan sistem brek hidraulik untuk memperlahankan kenderaan anda manakala brek tangan pula menggunakan sistem brek mekanikal (terdiri daripada tuas dan kabel keluli) untuk memastikan kenderaan tersebut tidak bergerak dan berada pada keadaan statik.

Sistem brek tangan dikendalikan menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kereta di kawasan parkir. Satu penggalak kuasa digunakan ke atas silinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.

Handbrake-02
Simbol Amaran Brek Tangan

Brek tangan adalah tuas yang terletak di antara tempat duduk depan kenderaan. Bagi menggunakan brek tangan anda hanya perlu menarik tuas brek ke atas setelah meletakkan kereta di kawasan letak kenderaan dan mengalihkan gear ke ‘P’. Bagi memulakan semula perjalanan, anda perlu melepaskan brek tangan dengan menekan butang di hujung tuas dan menurunkan tuas ke bawah.

Sebilangan pemandu tidak menekan butang semasa menaikkan brek tangan. Anda tidak digalakkan untuk melakukan demikian kerana lama-kelamaan brek tangan akan gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, pastikan anda menekan butang brek tangan ketika menaikkan tuas supaya ia berfungsi dengan baik bagi tempoh masa yang lama.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!