Sukan Negara Memupuk Semangat Patriotik

Umum ketahui kemerdekaan sentiasa dikaitkan dengan perjuangan pahlawan dahulu dalam mendapatkan kebebasan menentang penjajah. Kini setiap ‘perjuangan’ yang meletakkan nama negara di persada dunia juga adalah salah satu cara menunjukkan semangat pengorbanan seseorang individu untuk negara.

Penglibatan Malaysia baru-baru ini di Sukan Olimpik Tokyo 2020 jelas menunjukkan setiap atlet negara kita telah berjuang dan menampilkan aksi terbaik mereka demi mengharumkan nama negara di persada sukan dunia, sekaligus meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sukan ini juga telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa mahupun mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Seramai 30 atlet negara telah bertungkus-lumus membuat persiapan masing-masing untuk beraksi menghadapi temasya berprestij ini dengan atlet-atlet dunia lain walaupun terpaksa mengharungi detik sukar selama dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19. Selain mendapatkan pengiktirafan dunia, setiap atlet negara kita juga telah berjuang sepenuhnya untuk mendapatkan pingat untuk Malaysia.

71628270626_AzizulhasniAwangP
Sumber: astroawani.com,
Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Kontinjen negara kita telah berusaha keras untuk mengharumkan nama Malaysia di sukan Olimpik dan membawa nama negara setanding atlet-atlet berkelas dunia di persada antarabangsa. Kejayaan jaguh sukan seperti Datuk Azizulhasni Awang yang telah merangkul pingat perak dalam acara keirin lelaki telah membanggakan seluruh negara dengan pencapaian beliau di temasya besar itu.

fw1178817-jpn24-31072021-badminton-lpr-1_1813935_20210801091251
Sumber: thesundaily.my,
Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik (kiri) bersama pingat gangsa

Beliau yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ telah menunjukkan semangat luar biasa di acara sukan kali ini selepas meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016. Selain Datuk Azizulhasni, jaguh sukan lain seperti Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga telah meraih pingat gangsa di acara badminton beregu lelaki. Pencapaian Datuk Azizulhasni, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Tokyo itu telah meletakkannya sebagai sandaran utama negara untuk meraih pingat di Sukan Olimpik 2024 di Paris.

51516453389_FarahAnn
Sumber: astroawani.com, gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi

Tidak ketinggalan juga atlet-atlet lain yang berjuang bermati-matian atas nama Malaysia di Tokyo seperti penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Pandelela Rinong Pamg, gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi seta pelari pecut wanita, Azreen Nabila Alias.

Disamping itu, atlet badminton negara, Lee Zii Jia, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Soniia Cheah, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, atlet acara golf, Gavin Kyle Green dan Kelly Tan, atlet acara memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh serta atlet-atlet lain juga wajar diberi penghargaan.

04154051-dhabitah-diving-tokyo-2020-olympics-1_cover_830x518
Sumber: tatlerasia.com, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pingat dan atlet yang berjuang untuk negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jaguh sukan kita merupakan kebanggaan kepada masyarakat kerana mereka telah berjaya menjulang nama Malaysia di podium Olimpik serta menjadi ‘role model’ bagi generasi muda untuk mengharumkan nama negara pada masa hadapan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!