Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan tekak kita terasa nak makan macam-macam makanan terutamanya ketika waktu minum petang. Bagi memudahkan anda, disenaraikan beberapa juadah minum petang yang mudah disediakan seperti berikut:

1. Kuih Ketayap

kuih ketayap
Sumber: Instagram @sweesan

Kuih ketayap yang juga dikenali sebagai kuih gulung adalah antara kuih tradisional Malaysia yang sangat popular. Ia merupakan sejenis kuih berinti kelapa yang diperbuat daripada gula Melaka atau gula nisan.

Juadah ini sangat mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan tepung gandum, santan, telur, kelapa parut, daun pandan dan gula Melaka. Anda boleh menikmati kuih ini bersama segelas kopi atau teh panas bersama ahli keluarga.

2. Karipap

karipap anizahnawawi
Sumber: Instagram @anizahnawawi

Karipap merupakan sejenis kuih yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan digemari ramai. Makanan ini mudah didapati di pasaran dan gerai-gerai berdekatan rumah. Oleh kerana PKP, anda kini boleh membuat ia di rumah untuk menjamu selera pada waktu petang.

Kuih karipap asalnya dibuat dengan inti kentang kari dan ia kini telah diinovasikan dengan pelbagai jenis inti berbeza seperti inti sardin, daging, ayam, telur, ikan dan sebagainya. Juadah ini sangat enak dimakan ketika ia panas dan disajikan bersama air teh atau kopi.

3. Tauhu Begedil

R00940_Tahu_Bergedil-619×412 (1)
Sumber: asianinspirations.com.au

Adakah anda peminat tauhu begedil? Makanan viral ini sangat mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Tauhu kering, ubi kentang, daun bawang, telur, daging atau ayam, serbuk lada hitam dan bawang merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak juadah ini.

Tauhu begedil dengan inti kentang yang dilumatkan dan daging yang padat sangat sedap dimakan bersama sambal kicap pedas. Nikmatilah juadah enak ini bersama keluarga anda nanti!

4. Kek

pexels-pixabay-264892

Kek adalah satu makanan yang cukup popular dimakan sebagai juadah minum petang bagi seisi keluarga. Anda boleh menggunakan peluang PKP untuk mencuba pelbagai resepi kek baharu untuk dimakan bersama ahli keluarga anda.

Ia bukan sahaja senang dibuat malah hanya memerlukan beberapa bahan asas seperti tepung gandum atau tepung kek, telur, minyak jagung, serbuk penaik dan mentega.

5. Bubur Manis

Bubur-Pulut-Hitam- newmalaysiankitchen.com

Juadah paling mudah untuk disediakan dan digemari ramai adalah bubur manis. Bubur pulut hitam, jagung, kacang hijau, ubi keledek dan sebagainya adalah antara hidangan yang sangat kaya dengan rasa lemak daripada santan dan manis dari gula Melaka.

Juadah ini juga sesuai dimakan bersama pulut atau dicicah dengan roti putih pada waktu petang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!