5 Langkah Mudah Pemeriksaan Sistem Gantungan Kereta

Sistem gantungan atau lebih dikenali sebagai suspensi adalah antara komponen penting dalam kenderaan. Ia membantu pengendalian dan pemberhentian kereta sebagai satu sistem keselamatan dan memberi keselesaan kepada pemandu. Penjagaan komponen ini sangat penting demi memastikan keselamatan pemanduan terjamin. Disenaraikan beberapa langkah pemeriksaan sistem gantungan yang boleh anda lakukan untuk mengenal pasti kerosakan awal.

1. Penyerap Hentakan

Penyerap hentakan atau lebih dikenali sebagai ‘shock absorber’ adalah salah satu komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan spring dalam sistem gantungan kereta.

Ia juga sangat penting untuk mengurangkan gegaran dan lantunan ketika memandu di jalan yang tidak rata. Oleh itu, pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan bagi memastikan sistem gantungan kenderaan berada dalam keadaan baik.

2. Mengawasi Pergerakan Kereta

Kaedah mudah untuk memeriksa fungsi sistem gantungan adalah dengan menguji atau mengawasi pergerakan kereta di jalan raya.

Pandu kereta tanpa bunyi dalam kenderaan supaya ia membantu anda mengesan sebarang bunyi pelik dari kawasan roda apabila anda melepasi bonggol atau jalan tidak rata.

Bunyi yang mencekik apabila kereta melantun menunjukkan suspensi kereta anda mungkin mempunyai masalah. Selain itu, kereta yang bergerak senget juga merupakan punca kerosakan suspensi kenderaan.

3. Permukaan Tayar

Tayar memainkan peranan penting dalam sistem gantungan kereta. Ia memberikan daya tarikan untuk pecutan, menyerap hentakan serta gegaran antara roda dan permukaan jalan.

Pastikan anda melakukan pemeriksaan permukaan tayar seperti tekanan angin, imbangan dan jajaran roda secara berkala bagi memastikan sistem gantungan kereta berada dalam keadaan baik.

4. Jarak Membrek

Sekiranya suspensi kereta anda mengalami kerosakan, jarak berhenti kereta akan meningkat daripada biasa. Kenderaan anda akan menjunam kehadapan secara perlahan apabila anda membrek kereta.

Situasi ini sangat bahaya terutamanya apabila anda cuba membrek di situasi kecemasan. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah agar mereka dapat melakukan penyenggaraan yang sepatutnya.

5. Penjajaran Roda

Penjajaran roda perlu berada dalam keadaan yang baik untuk memberi kawalan yang maksimum dan membolehkan semua roda berputar dengan betul dan sempurna ketika memandu. Suspensi kereta boleh mengalami kerosakan jika berlaku pelanggaran pada objek atau lubang di atas jalan secara kerap.

Sekiranya pergerakan tayar kereta anda tidak betul, maka penjajaran roda perlu dilakukan termasuk dengan mengetatkan komponen suspensi depan dan belakang kereta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!