5 Amalan Berkesan Bagi Meningkatkan Imunisasi Badan

Sistem imunisasi badan sangat penting bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan mengelakkan serangan virus terutamanya pada masa pandemik ini. Selain bergantung pada makanan tambahan ‘supplement’, disenaraikan beberapa cara lain yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan seperti berikut:

1. Penjagaan Diet Makanan

Sistem imun yang kuat sangat penting untuk mempertahankan diri daripada serangan virus atau sebarang agen asing dalam badan. Penjagaan diet makanan memainkan peranan utama dalam membina sistem imun yang baik.

Pastikan anda makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, sumber protein dan sebagainya untuk memberi zat dan nutrisi yang secukupnya dalam menjaga sistem imun anda.

2. Bersenam

Aktiviti bersenam sangat bagus bukan hanya untuk membina otot dan menghilangkan tekanan, malah ia menjadi aktiviti penting untuk menjamin kesihatan yang baik serta menyokong sistem imun yang sihat.

Senaman dapat membantu meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan serta memudahkan sel-sel imun bergerak dalam badan dengan mudah.

Anda boleh melakukan senaman selama sekurang-kurangnya 30 minit bagi tiga kali seminggu untuk membantu merangsang sistem imun dalam badan anda.

3. Tidur

Rehat yang secukupnya sangat penting untuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Ketika anda tidur, badan akan menghasilkan sel pencegahan jangkitan yang membantu mencegah penyakit.

Oleh itu, anda wajib mendapatkan rehat yang secukupnya dengan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari untuk memastikan badan anda sentiasa sihat dan mampu melawan sebarang penyakit.

4. Minum Air Secukupnya

Meminum air yang secukupnya dapat mengelakkan diri daripada penyahhidratan. Penyahhidratan merupakan satu situasi yang menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, hilang fokus, masalah pencernaan dan sebagainya.

Tubuh badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik serta membantu memperbaiki sistem imun. Oleh itu, pastikan anda mendapat bekalan air yang secukupnya bagi menghindari penyahhidratan dan membuang toksin dalam badan.

5. Menguruskan Tekanan

Tekanan atau stres akan mendorong keradangan dan ketidakseimbangan fungsi sel imun. Anda perlu menguruskan tekanan bagi membantu diri daripada stres berpanjangan dengan melakukan aktiviti seperti meditasi, yoga, senaman dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan pengurusan tekanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!