Kenali Warisan Destar Solok Timbo

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada bandingan nilainya menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021. Ia akan dipersembahkan setiap bulan menerusi PRIHATIN dan bagi edisi kelima kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar Solok Timbo.

solok

Destar adalah sejenis hiasan kepala yang unik digunakan oleh masyarakat Melayu sejak terun-temurun. Solok Timbo pula merupakan salah satu destar yang popular digunakan di Negeri Sembilan.

Ia merupakan destar yang digunapakai oleh masyarakat biasa tetapi Solok Timbo juga telah dipakai oleh Dato’-Dato’ Adat, yakni Dato’ Penghulu Luak, Dato’ Lembaga dan Buapak dengan penggunaan kain atau corak berbeza seperti kain beragi atau berpetak.

Pembuatan destar ini sama dengan Dendam Tak Sudah (artikel disiarkan pada 5 April 2021) yakni mempunyai beberapa kaedah atau langkah tertentu yang mengandungi maksud dan falsafahnya tersendiri. Antara kaedah lipatan yang digunakan adalah langkah bermula, risik melangkah, risik bertemu, cincin berkembang, hukuk berjalan, kasih bermula, kasih bertemu, lambaian kasih dan lambaian ibu.

Baca juga : Warisan Melayu Destar Dendam Tak Sudah 

201105SPANCO-0189e (path)
Kedudukan lambaian kasih menghala ke sebelah kiri

Setiap lipatan tersebut mempunyai kedudukan dan cara pemakaian berbeza, misalnya kedudukan ‘lambaian kasih’ adalah menghala ke sebelah kiri sementara ‘tunas kasih’ berada selari dengan mata kanan dan ‘simpulan kasih’ pula berada di kedudukan sebelah telinga kanan.

201105SPANCO-0201e(path)
Kedudukan tunas kasih berada selari dengan mata kanan pemakai

Destar ini juga biasa dipakai pada majlis-majlis rasmi seperti penerimaan anugerah dan pangkat serta acara rasmi lain. Pada zaman dahulu, ia menjadi salah satu hiasan kepala wajib digunakan dalam majlis perkahwinan.

201105SPANCO-0217e (path)
Kedudukan simpulan kasih berada di sebelah telinga kanan pemakai

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!