Perayaan Raya Tidak Lengkap Tanpa 8 Kuih Ini

Hanya tinggal beberapa hari untuk kita menyambut Syawal bersama keluarga pada tahun ini. Hari Raya sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam untuk menziarahi sanak-saudara dan menjamu selera dengan juadah istimewa terutamanya kuih raya. Marilah kita sama-sama menyelami beberapa aneka kuih raya yang wajib ada di setiap rumah seperti berikut:

pineapple-tart ceria sihat
Sumber: ceriasihat.com

1. Tart Nenas

Tart nenas adalah antara kuih raya yang sangat terkenal dan diminati oleh setiap golongan. Tekstur luar yang gebu dan rapuh menyebabkan ia mudah cair dalam mulut dan cepat habis di setiap rumah kerana kelazatan yang tidak terhingga.

Inti jem nenas yang masam dan manis turut menjadikan kuih ini sangat sedap untuk dimakan begitu sahaja. Ia biasanya dibuat dalam bentuk gulung, bunga, bulat dan lain-lain mengikut inovasi individu.

Terdapat juga inovasi terkini seperti tart cadbury, tart nenas pandan, tart strawberi, tart beri biru dan sebagainya.

semperit susu resepi che nom
Sumber: Che Nom

2. Semperit Susu

Kuih tradisional popular yang turut menjadi pelengkap Syawal ialah semperit susu. Ia digemari ramai kerana mempunyai tekstur yang rangup, gebu, manis dan cair dimulut apabila dimakan.

Adunan ringkas yang diperbuat daripada tepung jagung, tepung kastard, mentega dan susu pekat manis memberikan ia tekstur rangup. Kuih raya ini juga dikenali dengan nama lain seperti semperit dahlia, semperit klasik dan sebagainya yang mempunyai rasa sama tetapi disediakan dalam bentuk lain.

Resipi-Cornflakes-Madu
Sumber: ceriasihat.com

3. Emping Jagung ‘Cornflakes’ Madu

Biskut emping jagung ‘cornflakes’ madu merupakan salah satu kuih raya yang digemari ramai terutamanya kanak-kanak kerana kemanisan emping jagung yang disaluti madu sangat sedap untuk dimakan.

Ia adalah antara kuih raya yang mudah dibuat dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu mentega, emping jagung dan madu. Rasa rangup dan manis kuih ini menjadikan ia kegemaran ramai orang pada hari raya.

R02320_Ant’s-Nest_Cookies asian inspirations
Sumber: asianinspirations.com.au

4. Sarang Semut

Biskut sarang semut adalah antara kuih raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai kerana kelazatan biskut yang kaya dengan rasa mentega. Kuih raya ini dinamakan demikian kerana ia mempunyai bentuk seperti sekumpulan semut yang berada dalam sarangnya.

Biskut sarang semut mempunyai tekstur lembut dan mudah berlerai kerana penggunaan tepung kastard, tepung jagung dan mentega sebagai bahan asas. Ia kemudian dihiasi dengan coklat di atas untuk memberi rasa kemanisan.

mazola blog cik matahariku
Sumber: cikmatahariku.blogspot.my

5. Biskut Kacang Mazola

Biskut Kacang Mazola atau lebih dikenali sebagai biskut kacang tanah adalah antara biskut yang wajib dihidangkan pada hari perayaan ini.

Diperbuat daripada kacang tanah dan campuran tepung gandum, kuih raya ini mempunyai tekstur yang sangat lembut, rangup dan rasa kacang yang dominan.

buah rotan pa&ma
Sumber: majalahpama.my

6. Kuih Buah Rotan

Kuih buah rotan adalah sejenis kuih raya saiz kecil dengan bentuk bulat sama seperti buah rotan. Ia merupakan kuih tradisional yang terkenal di negeri Terengganu dan adakalanya juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan.

Kuih ini dimasak daripada tepung pulut dan telur yang kemudian disaluti dengan bijan serta mempunyai tekstur agak keras.

kuih karas agrobazaar
Sumber: agrobazaar.com.my

7. Kuih Karas

Kuih karas yang berbentuk kipas adalah kuih tradisional yang terkenal di negeri utara khususnya di Kedah. Sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa kuih raya ini kerana ia merupakan antara kuih kegemaran ramai.

Tekstur rapuh dan rangup kuih karas yang dihasilkan daripada tepung beras ini menyebabkan ia digemari semua golongan termasuk kanak-kanak. Kuih ini juga sesuai dijadikan kudapan sambil menonton televisyen atau menjadi hidangan minum petang ketika musim raya.

Almond London Cookies isolated on white background – Malaysia Homemade cookies

8. Almond London

Walaupun mempunyai nama barat, kuih raya Almond London sangat digemari rakyat Malaysia sehingga menjadikan ia kuih yang wajib ada di setiap musim perayaan ini.

Biskut ini dibuat dalam bentuk bujur dengan badam yang disaluti coklat. Tekstur lembut diluar dan rasa rangup badam membuatkan kuih ini sangat lazat untuk dimakan. Ia juga menjadi kuih raya kegemaran kanak-kanak kerana mempunyai rasa kemanisan coklat di bahagian luar kuih.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!