5 Punca Enjin Kereta Gagal Dihidupkan

Ada antara kita yang kadang-kala mengalami masalah enjin kenderaan yang tidak boleh dihidupkan secara tiba-tiba. Pernahkah anda terfikir punca berlakunya masalah ini pada ketika tidak diduga? Oleh itu, ketahui beberapa punca yang mengakibatkan masalah ini seperti berikut:

1. Penghidup Elektrik Rosak

Penghidup elektrik atau ‘starter’ adalah satu komponen yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston.

Kegagalan fungsi penghidup elektrik boleh menyebabkan ia tidak menggerakkan sistem pembakaran dalaman enjin kereta. Anda boleh mengenal pasti kerosakan komponen ini apabila terdapat bunyi besi bergesel yang menunjukkan penghidup elektrik sudah haus. Sentiasa memberi perhatian pada tanda awal ini bagi mengelakkan situasi tidak diduga berlaku.

2. Bateri Lemah

Salah satu punca utama kereta tidak boleh dihidupkan adalah disebabkan bateri lemah. Ia berlaku kerana bateri tidak dapat mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kepada enjin kenderaan.

Hal ini terjadi apabila anda tidak mematikan sistem elektronik dalam kenderaan seperti lampu, radio atau penyaman udara setelah enjin dimatikan. Pastikan sentiasa memeriksa sistem elektronik setelah anda mematikan enjin. Gantikan bateri baharu mengikut jadual atau mengecasnya supaya berfungsi secara optimum.

3. Kedudukan Gear Salah

Ramai yang melakukan kesalahan dengan mematikan enjin kenderaan apabila tombol gear berada pada ‘D’, ‘N’ atau gear rendah lain selain ‘P’. Ia akan mengakibatkan enjin kenderaan tidak dapat dihidupkan semula.

Jangan panik, apa yang anda perlu lakukan adalah tukarkan gear ke ‘P’ sebelum menghidupkan kembali enjin kenderaan anda.

4. Palam Pencucuh Rosak

Susah untuk menghidupkan enjin, bunyi tersemput-semput dan lampu enjin pada papan pemuka tidak menyala adalah tanda palam pencucuh atau lebih dikenali sebagai ‘spark plug’ rosak. Ia merupakan komponen yang berfungsi untuk menghasilkan percikan api di dalam ruang pembakaran agar dapat menggerakkan enjin.

Palam pencucuh yang rosak boleh menyebabkan enjin agak susah untuk dihidupkan kerana percikan api tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Oleh itu, pastikan menukar atau gantikan komponen ini apabila melakukan penyenggaraan agar palam pencucuh berfungsi dengan optimum.

5. Penapis Bahan Api Tersumbat

Penapis bahan api tersumbat adalah salah satu punca lain yang menyebabkan kereta tidak dihidupkan. Pergerakan enjin memerlukan hasil pembakaran campuran bahan api dan udara dalam sistem pembakaran.

Bahan api yang tidak sampai ke dalam enjin menyebabkan mekanisma pergerakan enjin tidak berlaku hingga gagal menghidupkan kereta. Lakukan pemeriksaan berkala terhadap penapis bahan api ketika melakukan penyenggaraan kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!