8 Bufet Ramadan Lazat Di Lembah Klang

Adakah anda masih mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa? Selain bazar Ramadan, terdapat banyak hotel yang menawarkan pakej iftar dengan pelbagai bufet menarik. Bagi memudahkan anda, disenaraikan beberapa lokasi bufet Ramadan yang boleh anda terjah di Lembah Klang:

1. Royale Chulan Damansara

Warga Damansara boleh menikmati makanan yang cukup lazat untuk berbuka di Royale Chulan Damansara. Hotel ini menyediakan lebih 150 jenis makanan yang bertemakan Citarasa Nusantara Ramadan Bufet.

Kesemua makanan tersebut dimasak khas oleh jurumasak ‘chef’ profesional mereka di mana antara makanan yang mendapat sambutan pelanggan adalah Bubur Lambuk, Nasi Lemak Dua Kupang, Kambing Golek, Bihun Sup Utara Mai, Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Lontong Samudera dan lain-lain.

royale chulan fb rasmi
Sumber: Facebook Royale Chulan The Curve

Set hidangan Ramadan ini bermula dari harga RM118 untuk orang dewasa, RM88 untuk warga emas dan RM68 untuk kanak-kanak. Selain itu, sesi solat terawih juga akan diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersama Da’i Muhammad.

holiday
Sumber: Facebook Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

2. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Sepanjang bulan suci Ramadan, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan bufet bertema Rentas Selera Ramadan untuk iftar yang bermula dari pukul 7 malam hingga 10 malam.

Terdapat pelbagai jenis makanan Malaysia ditawarkan oleh Kites Restoran seperti Ikan Bakar, Satay, Lemang, Gulai Kulit Lembu Dengan Batang Pisang, Masak Lemak Nangka Muda Dengan Ikan Masin, Asam Pedas Ikan Pari dan sebagainya di sini
sepanjang 15 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dengan harga berpatutan.

holiday inn kl fb holidayinn
Sumber: Facebook Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Bagi mengelakkan kesesakan di hotel, anda digalakkan melakukan tempahan awal melalui laman web rasmi atau hubungi mereka di talian telefon.

tenera
Sumber: Facebook Hotel Tenera

3. Hotel Tenera Bangi

Teringin suasana berbuka di kampung? Segera kunjungi Hotel Tenera yang terletak di Bangi untuk nikmati Bufet Ramadan Tujuh Kawah yang dimasak khas oleh chef hotel mereka dengan harga RM78 sahaja.

Pelbagai menu kawah seperti Rendang, Kambing Bakar, Murtabak, Gulai Tunjang, Itik Salai, Kambing Kabsah Tenera dan sebagainya dihidangkan bagi meningkatkan selera makan pelanggan.

Tenera Hotel (BM) bella jamal
Sumber : www.bellajamal.com

Anda boleh menikmati makanan di hotel ini dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Tempat yang selesa dan solat terawih selepas berbuka juga disediakan di sini bagi memudahkan anda.

mar
Sumber: Facebook Mardhiyyah Hotel & Suites

4. Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Hadir dengan tema berbeza pada setiap tahun, Mardhiyyah Hotel & Suites kali ini telah tampil dengan tema Bufet Ramadan Antarabangsa.

Terdapat aneka jenis hidangan yang disajikan seperti Tuna Salad, Grilled Chicken, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Salad Italian and Fresh Dressing dan sebagainya bagi memenuhi tema mereka. Selain itu, terdapat juga makanan tempatan seperti Ulam, Serunding, Nasi Briyani Kukus, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng dan lain-lain disediakan bagi memenuhi cita rasa tempatan.

mar 1
Sumber: Facebook Mardhiyyah Hotel & Suites

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah Gerai Smoke & Grill yang merupakan konsep utama untuk tahun ini. Pelanggan juga berpeluang mencuba masakan istimewa chef iaitu ‘Smoke Hickory Roasted Whole Lamb’ bersama dengan Sayur Panggang, Sos Lada Hitam, Sos Rosemary, Sos Cendawan dan Sos Pudina.

mardiyah fb mardiyah
Sumber: Facebook Mardhiyyah Hotel & Suites

Nikmati makanan iftar yang bermula dari RM99 bersama keluarga dengan melakukan tempahan awal.

Park Inn by Radisson Putrajaya (BM)
Sumber: www.bellajamal.com

5. Park Inn By Raddison Putrajaya

Para pelanggan boleh menikmati juadah lazat di Sajian Ibunda Bufet yang ditawarkan buat pertama kali oleh Park Inn By Raddison yang terletak di Sepang bermula dari 16 April hingga 9 Mei 2021.

Sebanyak 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa disediakan oleh mereka dengan harga bermula dari RM78 bagi dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. Terdapat juga promosi menarik ditawarkan di mana pelanggan yang membeli 8 set boleh menikmati 1 set percuma. Tunggu apa lagi? Segera tempah tempat untuk berbuka bersama keluarga anda.

four
Sumber: Facebook Four Points by Sheraton Puchong

6. Four Points By Sheraton Puchong

Marilah beramai-ramai berbuka puasa di Four Points By Sheraton yang menawarkan hidangan bertema Tradisi Warisan dengan harga RM145 sahaja. Hotel berkonsepkan moden ini menyediakan pelbagai jenis makanan berbuka puasa seperti Briyani Kambing, Briyani Ayam, Rendang, Gulai dan sebagainya.

Four Points By Sheraton (BM)
Sumber : www.bellajamal.com

Anda juga boleh menikmati diskaun Marriott Bonvoy dan Kad Kredit yang terpilih jika menjamu selera di sini. Lakukan tempahan awal di laman web atau hubungi mereka di talian hotelnya. Tawaran bufet Ramadan akan bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021.

hilton
Sumber: Facebook Hilton Petaling Jaya

7. Hilton Petaling Jaya

Ramadan adalah peluang terbaik untuk mencuba makanan terbaik yang ditawarkan oleh Malaysia. Dengan ini, hotel Hilton Petaling Jaya menawarkan bufet Ramadan oleh Restoran Paya Serai yang bertemakan Lagenda Tan Sri P. Ramlee.

Penghormatan kepada artis hebat P. Ramlee, restoran ini menampilkan lebih daripada 300 hidangan tradisional Malaysia dalam barisan bufet mereka, yang menampilkan hidangan kegemaran peribadinya serta makanan istimewa yang diilhamkan oleh seninya.

hil
Sumber: Facebook Hilton Petaling Jaya

Aneka makanan tempatan dan antarabangsa disediakan termasuk Mamak Corner Simpang Enam, Ali Baba Bujang Lapok, Ais Krim ‘Ayu 20 Sen’ dan sebagainya yang mengimbangkan pelakon P. Ramlee dan suasana perayaan Ramadan.

Rendang, Lemang, Laksa Johor, makanan laut segar dan lain-lain juga tidak terlepas dari sajian mereka. Lakukan tempahan awal bagi menikmati juadah lazat di hotel Hilton bersama insan tersayang anda.

grand
Sumber: Facebook Grand Hyatt Kuala Lumpur

8. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt Kuala Lumpur menjemput para peminat makanan tempatan untuk menikmati juadah lazat mereka sempena Ramadan di JP teres.

Nikmati pelbagai jenis hidangan iftar warisan Malaysia dari bufet Sajian Warisan mereka yang terkenal dengan lebih daripada 60 jenis makanan yang disediakan secara langsung bersama keluarga atau rakan anda.

Sajian-Warisan-Buffet-JP-teres_Flyer-724×1024
Sumber: www.theyumlist.net

Kambing Bakar, Ikan Bakar, Kari Kepala Ikan, Roti Jala, Sub Kambing Mamak, Laksa Utara, Rendang dan pelbagai makanan lagi boleh didapati pada harga bermula dari RM168 sahaja. Anda juga digalakkan melakukan tempahan awal melalui talian bagi mengelakkan menunggu lama.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!