Pemanduan Selamat Menjamin Keselamatan Di Jalan Raya

Memandu secara berhemah penting bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. Pemanduan cermat dan sikap pemandu yang berhemah mampu mencegah sebarang kemalangan atau situasi tidak diduga berlaku. Ikuti petua pemanduan selamat bagi melindungi diri anda di jalan raya seperti berikut:

1. Patuhi Lampu Isyarat

Banyak kes kemalangan dilaporkan akibat pemandu gagal mematuhi lampu isyarat. Ia berlaku kerana pengguna selalu mengabaikan lampu isyarat di jalan raya terutamanya apabila ia bertukar merah.

Patuhi lampu isyarat dengan betul dan sentiasa berwaspada apabila lampu isyarat bertukar hijau dengan melihat kiri, kanan, hadapan dan kiri sekali lagi sebelum meneruskan perjalanan.

2. Elakkan Laluan Lori

Lori dan bas mempunyai titik buta terhad yang boleh menghadkan penglihatan pemandu kenderaan berat ini. Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diduga berlaku, elakkan mengguna laluan yang penuh dengan lori atau bas.

Jangan sesekali mengekori atau memandu berdekatan kenderaan berat kerana pemandu lori sukar melihat kenderaan yang lebih kecil akibat berada di titik buta. Pastikan memberi laluan kepada lori atau bas kerana kenderaan ini akan mengambil ruang yang besar apabila ingin membelok.

3. Merancang Perjalanan

Bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, anda digalakkan untuk sentiasa merancang perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Ia juga merupakan langkah efektif bagi mengelakkan anda memandu laju demi mengejar masa.

Bergeraklah 10 minit hingga 20 minit awal daripada waktu temu janji supaya anda dapat sampai awal dari waktu dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ingat, kelajuan tidak menjamin anda akan sampai tepat pada waktunya kerana kemungkinan anda tidak akan sampai ke destinasi anda sama sekali.

4. Laraskan Cermin

Cermin sisi adalah satu komponen keselamatan penting yang memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu. Ia perlu dilaraskan dengan betul sebelum memandu kenderaan agar mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya akibat masalah penglihatan yang dipengaruhi oleh titik buta.

Laraskan cermin pandang belakang dan kedua-dua cermin sisi sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan anda mampu melihat kelibat kenderaan lain dengan jelas.

5. Kekalkan Jarak Selamat

Bagi mengelakkan kemalangan, anda perlu sentiasa mematuhi peraturan jarak 2 saat dan 4 saat antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan. Pastikan jarak selamat ini dipatuhi supaya anda dapat mengawal kenderaan berdasarkan situasi jalan terutamanya ketika jalan raya licin.

6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Jalan raya memang sangat sibuk terutamanya pada waktu puncak. Pemandu perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diduga berlaku akibat kecuaian yang dilakukan dalam sekelip mata.

Jauhi pemandu agresif atau cuai dengan meningkatkan jarak antara pemandu tersebut atau memberi laluan kepadanya agar mereka melepasi anda. Selain itu sentiasa peka terhadap potensi bahaya di sekeliling terutamanya buat penunggang motosikal, basikal atau pejalan kaki.

7. Penyenggaraan Kenderaan

Sentiasa lakukan penyenggaraan kereta sebelum memulakan sesuatu perjalanan jauh atau dekat. Periksa tayar dan tayar ganti, sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, minyak enjin, bateri, lampu dan pengelap cermin dan lain-lain bagi mengelakkan kerosakan di tengah jalan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!