Penasihat Servis Jentera Barisan Hadapan

Penasihat Servis SPANCO adalah kunci kecemerlangan syarikat sebagai pusat servis terulung di Malaysia kerana menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik. Mereka bukan sahaja mahir malah turut terlatih dalam menangani setiap permasalahan yang diajukan dengan begitu cekap serta mesra pelanggan.

Penasihat Servis memainkan peranan penting dalam memenuhi visi SPANCO sebagai penyedia dan pengurus fleet terbaik untuk kerajaan Malaysia. Oleh itu, disenaraikan beberapa fungsi dan tanggungjawab mereka dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi para pelanggan SPANCO.

Fungsi Penasihat Servis

Penasihat Servis adalah individu yang bertanggungjawab memastikan pelanggan mendapat khidmat profesional dan berkualiti apabila menghantar kenderaan ke pusat servis mereka untuk dibaiki atau disenggara.

Secara umumnya Penasihat Servis SPANCO dibekalkan dengan kepakaran teknikal serta bimbingan khusus untuk melakukan analisis menyeluruh bagi mengenal pasti pembaikan yang perlu dilakukan ke atas setiap kenderaan yang dilaporkan mengalami kerosakan atau memerlukan penyenggaraan.

Mereka adalah jentera di barisan hadapan yang menjadi tunggak utama dalam menjamin servis dan mutu yang diberikan kepada para pelanggan bagi mencapai tahap piawaian yang tinggi.

Tanggungjawab Penasihat Servis

Tanggungjawab utama Penasihat Servis adalah memastikan setiap permasalahan ditangani dengan sebaik mungkin dan kenderaan disenggara dan dibaik pulih seperti yang dikehendaki seterusnya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima oleh mereka.

  • Melayan pelanggan di kaunter servis dengan perkhidmatan yang pantas, mesra dan profesional.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang servis dan pembaikan serta hal-hal berkaitan penjagaan kenderaan.
  • Melaksanakan tindakan susulan terhadap servis yang memerlukan kerja penangguhan pembaikan.
  • Menyelaraskan kenderaan-kenderaan di bawah jaminan pengeluar selain memastikan tugas penyenggaraan mahupun pembaikan disiapkan dalam had masa yang ditetapkan sebagaimana yang dipersetujui pelanggan.
  • Menerangkan kepada pelanggan mengenai pembaikan atau servis yang akan dilakukan ke atas kereta serta jangka masa yang diperlukan.
  • Memastikan tempoh pembaikan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Pelanggan akan diberitahu sekiranya terdapat penangguhan atau kelewatan pembaikan.
  • Penasihat Servis juga akan memantau progres kerja para juruteknik mereka. Setelah siap, mereka akan menghubungi pelanggan untuk mengambil kereta tersebut dan akan menerangkan kepada pelanggan pembaikan yang telah dilakukan semasa penyerahan.

Kini, pelanggan disarankan untuk membuat temu janji servis supaya pusat servis dapat melakukan perancangan atau persiapan yang sepatutnya. Temu janji boleh dibuat melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau melayari laman web SPANCO di www.spanco.com.my

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!