6 Titian Kanopi Di Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi Terutamanya No. 5

Adakah anda bosan melakukan aktiviti sama di hujung minggu seperti membeli-belah, lepak di taman, makan di kedai dan lain-lain? Ayuh cuba aktiviti baru yang cukup menyeronokkan bagi anda dan keluarga dengan menyusuri titian kanopi ‘canopy walk’ di beberapa lokasi popular berikut:

poring ig voyagewithme_
Sumber: Instagram @voyagewithme_

1. Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang sangat terkenal dalam kalangan pelancong kerana keunikan flora dan fauna di hutan simpanan ini. Tahukah anda, titian kanopi Taman Negara Pahang adalah antara titian kanopi yang paling tinggi dan panjang di dunia pada suatu ketika?

Ia mempunyai jarak keseluruhan yang menjangkau 500 meter dengan ketinggian sekitar 50 meter dari permukaan tanah. Anda boleh melihat kecantikan panorama flora dan fauna sepanjang perjalanan di atas ini disamping melakukan aktiviti menarik lain.

tree top ig treetopwalksggedim
Sumber: Instagram @treetopwalksg

2. Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak di hutan simpanan Gunung Inas, Kulim. Ia telah dibina daripada besi seperti titian kanopi bagi memberi pelancong pengalaman yang berbeza. Panjang Tree Top Walk adalah sekitar 950 meter yang dibina dengan ketinggian berbeza-beza telah menjadikan ia sebagai salah satu titian kanopi terpanjang di dunia.

Anda boleh menikmati pemandangan hutan yang penuh dengan kehijauan semula jadi dan dua sungai di sepanjang perjalanan sambil membaca deskripsi tumbuhan yang disediakan oleh pengurusan. Sebelum memulakan perjalanan, para pelancong akan diberi penerangan mengenai sejarah dan laluan perjalanan.

taman eko uf.cari.com.my
Sumber: uf.cari.com.my

3. Taman Eko Rimba

Ingin berjalan-jalan di tengah-tengah hutan? Taman Eko Rimba yang terletak di Bukit Nanas iaitu di tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah tempat sesuai untuk anda melakukan aktiviti luar bersama rakan atau keluarga pada hujung minggu.

Selain bersenam anda boleh berjalan sambil menikmati pemandangan hutan di titian kanopi Taman Eko Rimba. Anda juga boleh mengambil gambar cantik sepanjang perjalanan titian kanopi yang mengambil masa dalam 15 minit hingga 20 minit.

ig adel.travels mulu
Sumber: Instagram @adel.travels

4. Mulu Canopy Skywalk

Mulu Canopy Skywalk terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Nasional Gunung Mulu, Sarawak. Ia mempunyai laluan kanopi sejauh 20 meter dari atas lantai hutan dengan panjang sebanyak 480 meter. Sepanjang laluan kanopi ini anda dapat menyaksikan pemandangan indah dan melihat kanopi ini dalam kumpulan yang maksimum enam orang sahaja bagi menjaga keselamatan mereka.

danum ig vincentandam
Sumber: Instagram @vincentandam

5. Danum Valley

Terletak di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum di Sabah, titian kanopi Danum Valley menawarkan peluang terbaik untuk anda meneroka kehebatan hutan yang berusia 130 juta tahun. Laluan kanopi ini mempunyai ketinggian 26 meter pada titik tertinggi dan menjangkau 300 meter. Pelancong juga boleh menikmati aktiviti menarik lain seperti eksplorasi sungai dan hutan, memancing, berkhemah, mendaki Gunung Tahan dan sebagainya di sini.

poring ig sarahndipity1024
Sumber: Instagram @sarahndipity1024

6. Poring Canopy Walkway

Poring Canopy Walkway terletak di Sabah dengan laluan kanopi yang mempunyai keluasan panjang sebanyak 175 meter. Mulakan perjalanan anda dari kawasan pendaftaran Poring Canopy Walk di mana anda boleh menikmati 30 minit berjalan kaki ke titian kanopi. Walaupun jalan mudah untuk pemula, kami mengesyorkan memakai kasut yang selesa setiap masa.

Sebaik sahaja anda tiba, tuju ke puncak menara Pondok Manggis di mana anda boleh mengambil langkah pertama di Canopy Walk. Ia hanya boleh memuatkan enam orang pada satu masa, jadi anda mungkin perlu menunggu giliran anda pada waktu puncak. Nikmati perjalanan indah sambil melihat pemandangan cantik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!