Lipas Berumah Tangga Dalam Kereta, 6 Petua Menghalau Makhluk Perosak Dalam Kenderaan

Makhluk perosak bermaharajelala dalam kenderaan? Walaupun kebersihan kenderaan terjaga tetap wujud lipas, tikus dan makhluk perosak yang lama berumah tangga dalam kereta. Bagi seseorang yang sayang terhadap kenderaan mudah cemas dengan melihat kelibat makhluk tersebut dalam kenderaan. Jangan risau, kami menyediakan beberapa petua yang boleh menghilangkan keberadaan insan tidak disayangi tersebut seperti berikut:

pexels-james-sebastian-5857656

1) Daun Pandan

Selain menggunakan dalam masakan, daun pandan boleh menjadi senjata untuk menghalau lipas yang lama berkeliaran dalam kereta. Bau wangi daripada daun tersebut tidak digemari oleh lipas dan boleh menghalaunya daripada kenderaan. Gunakan daun pandan segar kerana ia mempunyai bau yang kuat daripada daun kering yang boleh menjadi bekal makanan serangga tersebut.

okeykat-lfubXm-MW0U-unsplash

2) Limau Dan Minyak Pudina

Haruman wangi daripada buah limau boleh menghalau serangga yang suka tersembunyi di tempat gelap. Letakkan kepingan kulit buah limau pada saluran penghawa dingin supaya haruman buah tersebut menyelumbungi ruangan dalam kenderaan. Anda juga boleh meletakkannya di celah-celah ruang yang boleh dihinap oleh serangga tersebut.

stefan-rodriguez-bzSgdupS95U-unsplash

Gunakan minyak pudina pada celah cermin sisi supaya dapat menghalau lipas.

ruby-tGSr_dzVBZw-unsplash

3) Hirisan Sabun Buku

Pernahkah anda dengar tentang sabun ajaib? Ya, sabun buku yang biasa digunakan untuk membasuh pinggan dan baju pada zaman dahulu boleh menyebabkan serangga lari dari kenderaan anda. Hiriskan sabun buku sehingga nipis dan letakkan hirisan tersebut pada sudut di mana terdapat makhluk perosak. Lipas yang bernafas menerusi bahagian perut biasanya menggelakkan bau kuat kerana susah bernafas. Oleh itu penggunaan sabun buku boleh menghalang pembiakan lipas dalam kenderaan.

4) Racun Perangkap

Selain bahan-bahan pengunaan rumah, racun perangkap adalah senjata tradisional yang digunakan oleh ramai orang sehingga kini. Racun perangkap boleh mengawal pembiakan makhluk perosak seperti lipas dan tikus serta merta dengan mudah. Anda boleh meletakkan ia di dalam bonet, di tempat duduk dan lantai kereta pada waktu malam kerana pada waktu tersebutlah serangga ini muncul.

Man eating pizza and coffee while driving car dangerously
Sumber: jcomp

5) Elakkan Makan Dalam Kereta

Kesibukan hidupan harian menyebabkan sesetengah daripada kita untuk makan sarapan, tengah hari atau malam dalam kenderaan. Disebabkan kejar masa kita sering makan sambil memandu dengan satu tangan. Hal ini boleh menyebabkan sisa makanan terjatuh atau tertumpah pada permukaan kenderaan. Serpihan makanan tersebut akan mengundang lebih banyak makhluk perosak menginap di dalam kenderaan. Oleh itu, elakkan makan makanan dalam kereta bagi menghindari pembiakan lipas atau tikus.

6) Elakkan Parkir Sebelah Longkang

Longkang dan kawasan pembuangan sampah merupakan rumah bagi makhluk perosak. Meletakkan kenderaan di kawasan tersebut iaitu sebelah longkang atau berhampiran tong sampah boleh menyebabkan ia masuk dalam kenderaan anda dan merosakan bahagian enjin atau bahagian lain kereta. Oleh itu, pastikan menutup tingkap, pintu dan penghawa dingin dengan betul sebelum meninggalkan kenderaan di kawasan parkir.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!