Port Memancing Tersembunyi Yang Ramai Tidak Kenali

Bosan melakukan aktiviti yang sama pada waktu petang? Bagi sesiapa yang ingin meluangkan waktu lapang dengan aktiviti berfaedah boleh cuba memancing. Ia adalah suatu kegiatan seronok dan dapat menenangkan minda individu daripada sebarang masalah. Kaki pancing dan mereka yang baru ingin melakukan aktiviti ini boleh melawat ke lokasi berikut untuk mendapatkan pengalaman baharu:

tanjung
Sumber: Instagram @sfina83

1) Tanjung Harapan

Ingin melihat matahari terbenam sambil menunggu hasil pancing? Anda boleh mengunjungi Tanjung Harapan yang terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian, Pelabuhan Klang untuk melihat pemandangan indah sambil memancing. Lokasi ini sangat sesuai untuk sesiapa yang inginkan ketenangan daripada segala masalah kerana ia amat sunyi dan aman untuk melakukan aktiviti ini.

umpan.com.my
Sumber: umpan.com.my

2) Pulau Ketam

Pulau Ketam merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Klang. Ia amat dikenali dalam kalangan pelancong sebagai suatu kawasan berlumpur dan dikelilingi dengan hutan bakau di mana ia menjadi habitat bagi ketam dan udang laut. Bagi sesiapa yang ingin mengasah kemahiran dalam memancing boleh mengunjungi tempat ini bersama rakan-rakan pada hujung minggu. Anda boleh menginap sambil menjelajah kawasan memancing menarik di pulau ini.

jeram
Sumber: kertangbesar.blogspot.com/

3) Pantai Jeram

Inginkan cabaran semasa melakukan aktiviti berfaedah? Anda boleh mengunjungi Pantai Jeram yang terletak di Kuala Selangor untuk memancing kerana laluan ke kawasan memancing agak mencabar. Pantai ini juga sangat terkenal dan sentiasa penuh dengan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu. Anda boleh memancing dengan tenang di lokasi santai dan cantik ini sambil melihat pemandangan pantai yang mengasyikkan.

angsa
Sumber: Instagram @ca.therine2376

4) Pulau Angsa

Memancing di Pulau Angsa? Bukan menangkap angsa di sini ya, tetapi memancing hasil lautan yang sedap untuk dimakan nanti. Selain pemandangan indah pokok-pokok hijau di luar pantai Kuala Selangor, kawasan nelayan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin memancing. Jangan risau mengenai jarak lokasi ini kerana anda akan dapat hasil tangkapan berbaloi di Pulau Angsa. Gunakan perkhidmatan jeti untuk menuju ke kawasan memancing dan nikmati ikan bakar dengan hasil tangkapan anda.

semenyih
Sumber: Instagram @ajibletto

5) Empangan Semenyih

Empangan dikenali sebagai kawasan tadahan air tetapi tahukah anda boleh memancing di Empangan Semenyih? Ia merupakan antara tempat memancing terkenal di Selangor kerana kawasan lapang dengan pemandang menarik. Kawasan ini dikelilingi oleh hutan hijau dan sungai yang sejuk untuk memandang sambil memancing. Anda juga boleh berkhemah dan bermalam di sini selain melakukan aktiviti memancing.

acheh
Sumber: Instagram @jayanath5

6) Pantai Acheh

Ramai tidak lagi mengenali kawasan tersembunyi serta indah ini iaitu Pantai Acheh. Terletak di Pulau Indah, pantai ini merupakan lokasi paling sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain melakukan aktiviti memancing, ahli keluarga atau rakan anda boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain layang-layang, berkelah, memasak barbeku dan sebagainya di kawasan pantai yang lapang ini.

one
Sumber: Instagram @myonebox_media

7) One Fanthom Bank

Gemar memancing bersama rakan-rakan? One Fanthom Bank atau lebih dikenali sebagai Pematang Sedepa merupakan tempat paling sesuai bagi anda untuk melakukan aktiviti memancing bersama rakan-rakan. Anda dikehendaki menaiki bot dari jeti untuk menuju ke lokasi memancing dengan kos yang amat berpatutan. Tunggu apa lagi? Bawalah kumpulan rakan anda dan memancing di sini sambil menikmati pemandangan cantik di tengah pulau.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!