SPANCO Sumbang RM500,000 Kepada Tabung Pahlawan 2020

KUALA LUMPUR, 26 Nov – SPANCO Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan RM500,000 kepada Kempen Tabung Pahlawan 2020 sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan para perajurit negara dan ahli keluarga mereka selama ini.

Sumbangan cek diserahkan oleh Pengarah Urusan SPANCO Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon kepada kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan 2020 anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kementerian Pertahanan.

SPANCO dalam kenyataan berkata, sejak memulakan operasi, pihaknya sentiasa menyedari kepentingan menyumbang kepada masyarakat dengan menjadikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai objektif teras syarikat.

MAJLIS PENYERAHAN CEK SUMBANGAN KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2020

Sehingga hari ini, beberapa sumbangan telah diberikan seperti pengedaran pelitup muka, sumbangan COVID-19, sumbangan khairat, mesin dialisis, membuat pelbagai lawatan ke rumah warga emas, anak yatim, penganjuran kempen keselamatan jalan raya, dan kempen derma darah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

-BERNAMA

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!