Ramen adalah sejenis makanan Jepun yang sangat terkenal di Asia dan ia kini semakin mendapat sambutan orang ramai daripada seluruh dunia. Walaupun makanan ini sukar didapati secara halal, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat beberapa restoran di Lembah Klang yang kini menjual ramen halal di seluruh negara. Dengan ini, kami menyenaraikan beberapa restoran tersebut supaya anda boleh menjamu selera dengan tenang:

1. Ramen Seirock-Ya
Restoran yang beroperasi sejak tahun 2019 ini menyediakan ramen halal yang paling sedap dengan menggunakan sup rebusan tulang ayam. Toripaitan Ramen telah mendapat sambutan hangat daripada para pelangganya kerana sup rebusan tulang ayam dihidangkan bersama ramen, telur rebus, rumpai laut dan bebola ikan. Ia juga sangat menarik dalam kalangan wanita kerana supnya kaya dengan kandungan kolagen yang mempunyai kebaikan dalam kecantikan.

Ramen Seirock-Ya yang terletak di Uptown Damansara juga menyediakan hidangan menarik lain seperti Gyoza, Tokyo Ramen dan Spicy Ramen.

2. Ramen Village
Adakah anda seorang yang gemar mencuba makanan unik? Jika ya, anda boleh mengunjungi Ramen Village yang terletak di Nu Sentral. Hidangan ramen yang disediakan di restoran ini mempunyai pelbagai variasi yang terdiri daripada fusion Thai, Nyonya dan Korea Selatan. Kimchi Ramen, Nyonya Ramen dan Thai Ramen merupakan antara makanan yang terkenal di restoran ini.

Anda juga boleh menikmati hidangan sampingan seperti Onsen Tamago, Kimchi, Japan Edamame, dan Teriyaki Chicken Roll.

3. MADE by Illy
MADE by Illy adalah sebuah restoran yang akan memberikan anda suasana berada di Jepun dengan hiasan dalaman yang diinspirasikan oleh negara tersebut. Mereka menyediakan pelbagai jenis ramen dengan melakukan beberapa inovasi terhadapnya. Sekiranya anda mengunjungi tempat ini, jangan lupa untuk mencuba Spicy Szechuan yang berkuahkan sup daging dengan pes cili Szechuan serta dihidangkan bersama hirisan daging, telur rebus dan kepingan rumpai laut.

4. Kagura Ramen
Kagura Ramen yang terletak di Lot 10, Kuala Lumpur menyediakan ramen halal dengan sup rebusan ayam. Restoran ini terkenal dengan pilihan sup yang terdiri daripada dua jenis iaitu sup premium yang mempunyai kandungan kologen tinggi dan sup semula jadi.

Kagura Signature Ramen Premium Rich with Everything adalah hidangan makanan yang mendapat sambutan para pelanggan mereka. Ia mengandungi teriyaki char siu, ajitama (telur ramen), rumpai laut, bebola ikan, bayam, japanese leek, sos cili dan sos bawang hitam yang memberikan keenakan luar biasa.

Pastikan mencuba hidangan ini apabila anda mengunjungi Kagura Ramen nanti.

5. Sukiya Tokya Bowls And Noodles
Sukiya Tokya Bowls and Noodles adalah salah satu restoran makanan Jepun yang menawarkan makanan pada harga yang sangat murah. Terletak di Sunway Velocity Mall, restoran ini menghidangkan juadah ramen yang paling sedap di kawasan tersebut. Gyudon Ramen, Chicken Bowl dan kari ala Jepun disini amat menyelerakan untuk makan kerana ia dihidangkan dalam mangkuk saiz besar. Hidangan sampingan seperti Ebi Fry, Chicken Katsu, Una-Sara dan Teriyaki Mackerel juga boleh dicuba di sini.

6. Anaki Boizu
Anaki Boizu adalah restoran makanan Jepun yang cantik, kecil dan selesa terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dengan menu halal yang unik dan padat. Dengan penggunaan bahan-bahan berkualiti, restoran ini menghidangkan ramen Jepun diperbuat sendiri yang lazat dan sedap bagi para pelanggannya.

Anda wajib mencuba salah satu makanan berikut iaitu Smoked Beef Brisket Ramen bersama sos bijan, Soft Shell Crab Ramen dan hidangan sampingan seperti Cendawan Tempura serta Fried Prawn Ball ketika mengunjungi tempat ini.

7. Ichiban Ramen
Ichiban Ramen yang teletak di Kuala Lumpur kini menyenangkan pencarian anda dengan menyediakan ramen halal bersama sup rebusan ayam yang boleh dinikmati oleh semua kaum di negara kita.

Mereka bukan sahaja menghidangkan ramen tetapi terdapat juga soba dan udon untuk pilihan pelanggannya.

Anda boleh menikmati hidangan laris di sini iaitu Hot and Spicy Seafood Ramen dengan sentuhan masakan Thai bersama udang, sotong, kepingan ikan dan sebagainya.
8. Wagyu Kokoro
Wagyu Kokoro yang terletak di Petaling Jaya telah mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan kerana status halalnya. Pengemar makanan Jepun boleh mengunjungi restoran ini kerana mereka menyediakan wagyu yang paling sedap disamping mempunyai hidangan lain seperti ramen. Wagyu Kokoro Spicy Ramen dan Beef Bone Ramen adalah menu utama mereka yang wajib anda pesan jika mengunjungi restoran ini. Anda juga boleh menikmati hidangan sampingan seperti Fish Cracker, Edamame, Kokoro Salad dan Kimchi Mori bagi menambahkan selera makanan anda.

9. Maruki Ramen
Ramen yang disediakan sendiri dengan hidangan rasa asli Jepun adalah keunikan Maruki Ramen yang terletak di Jalan Tun Razak. Classic Shio Ajitama yang dihidangkan bersama telur rebus, hirisan ayam, kepingan rumpai laut dan bebola ikan ini adalah menu utama restoran tersebut.

Anda juga boleh menikmati makanan Jepun lain yang dimasak khas oleh tukang masak yang berasal dari Sapporo selain ramen iaitu Wagyu, Karaage Don, Chicken Gyoza dan lain-lain dari menu mereka.

10. Umami Boru
Umami Boru yang membawa maksud ‘Savoury Bowl’ dalam bahasa Jepun telah dipilih sebagai nama restoran ini untuk menjanjikan makanan mereka amat sedap untuk dimakan. Restoran yang terletak di Petaling Jaya ini amat terkenal dalam kalangan orang ramai bagi menu menarik mereka. Sup yang telah dimasak selama lebih 10 jam telah mendapat sambutan pelanggan kerana keenakan rasa yang luar biasa.

Restoran dengan ruang selesa dan cantik ini menghidangkan ramen halal yang sedap bagi para pelanggannya. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Beef Ramen bersama Beef Bacon jika anda kunjungi restoran ini.