Proton X50 Tampil Dengan Ciri-Ciri Dan Teknologi Terkini

Model terbaharu keluaran Proton iaitu Proton X50 telah menarik perhatian ramai individu terutamanya pengemar kenderaan sejak awal tahun ini. Ia merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B kedua keluaran Proton selepas X70 yang berdasarkan model Geely Binyue. Kereta yang dinanti-nantikan oleh orang ramai ini mempunyai pelbagai ciri asas yang unik dan menarik. Berikut disenaraikan beberapa  ciri yang terdapat dalam kereta X50 yang perlu anda ketahui:

Ciri-Ciri Asas

Ciri-ciri asas bagi kenderaan baharu ini ialah ia mempunyai sebanyak 4 varian yang terdiri daripada 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship. Perkara paling menarik kali ini adalah, Proton X50 hadir dalam dua enjin berbeza. Anda boleh memilih jenis enjin yang diperlukan berdasarkan varian yang ditawarkan.

Selain itu, ia mempunyai reka bentuk yang begitu canggih dengan kabin yang lapang dan selesa. Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan yang terdiri daripada mod standard, eco dan mod sport. Dari segi dalaman pula, ia mempunyai sebanyak lapan ruang pemegang cawan, empat ruang USB, kerusi pemandu yang boleh ubah posisi, pendingin udara automatik, filter kabin N95, dan pengelap cermin automatik.

Kesemua varian ini menghadiri dalam enam warna pilihan yang terdiri daripada Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Walau bagaimanapun, bagi varian flagship, ia mempunyai warna dari dua tona di mana bumbungnya terdiri daripada warna hitam serta memberi pandangan yang cantik bagi kenderaan tersebut.

Enjin Berteknologi

Selain ciri asasnya yang menarik, Proton X50 turut mendapat perhatian tinggi bagi penggunaan enjin berteknologi tinggi yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely. Ia mempunyai dua jenis enjin yang mengikut jenis varian kenderaan iaitu 1.5T MPI dan 1.5T GDI. Kedua-dua enjin ini mempunyai transmisi DCT 7 kelajuan dan mempunyai susunan 3 silinder dimana ia boleh menjimatkan penggunaan bahan api, mempunyai prestasi tinggi dan mesra alam.

Secara umumnya, varian yang menawarkan penggunaan enjin 1.5 litre turbocaj multipoint injection (MPI) dengan janaan kuasa 150PS dan 226Nm adalah varian Standard, Executive dan Premium. Manakala bagi varian TGDi Flagship, enjin jenis 1.5 litre turbocas suntikan terus (GDI) tiga-silinder petrol yang menjana 177PS dan 255 Nm Tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm.

GKUI 19

Sistem baharu yang diperkenalkan oleh mereka iaitu Geely Key User Interface (GKUI) diaplikasikan pada proton X50. Sedikit pembaharuan telah dilakukan bagi keluaran baharu ini iaitu ia dikuasakan oleh peranti GKUI 19 yang mempunyai kebolehan penggunaan pantas dan pintar. Ia merupakan satu sistem operasi yang digunakan dalam mengawai sistem infotainment, sistem ‘hi Proton’ dan sistem pautan telefon pintar. Terdapat juga kemudahan sistem navigasi, arahan suara dan ramalan cuaca diberi menerusi sistem ini.

Sistem infotainment GKUI 19 mempunyai skrin yang bersaiz 8 inci pada varian 1.5T Standard dan Executive manakala varian 1.5T Premium dan Flagship menggunakan skrin dengan saiz lebih besar iaitu 10.25 inci. Namun begitu terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaanya di mana pada kenderaan baharu ini, sokongon Apple Carplay dan Android Auto tidak dapat digunakan. Pemilik kenderaan boleh menggunakan Mirror Link bagi penggunaan GKUI 19.

Kemudahan Keselamatan

  • Fungsi Identifikasi Had Laju
  • Kawalan Pelayaran Pintar
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Fungsi Pengesan Titik Buta
  • Brek Kecemasan Automatik
  • Beg Udara Keselamatan
  • Kamera 360-darjah
  • Sistem Parkir Automatik
  • Sistem Pemeriksaan Tekanan Angin Tayar

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!