Amalan ‘CAPP’ Pendekatan Budaya Baharu

Penyakit COVID-19 yang tersebar di seluruh dunia sejak awal tahun ini masih lagi mengemparkan negara dengan penambahan kes harian khususnya di Malaysia yang kini menghadapi gelombang ketiga. Peningkatan bilangan kes ini telah mencetuskan suatu kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai. Bagi menghadapi situasi tidak terduga ini, kita sebagai individu bertanggungjawab perlu menjalani hidup alaf norma baharu dengan mematuhi pesanan pihak kerajaan kini untuk mengamalkan konsep baharu iaitu CAPP.

Apakah itu CAPP

Apakah itu CAPP? Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan konsep amalan baharu iaitu CAPP yang bermaksud Cegah, Amal, Patuh dan Pantau bagi pemerkasaan komuniti dalam Program Pengurangan Risiko Daerah COVID-19 (DRPP). Ia merupakan satu amalan di mana orang ramai perlu mendidik anggota keluarga yang termasuk komuniti masing-masingnya.

Selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, setiap individu kini perlu mengamalkan norma baharu dalam kehidupan dengan mematuhi amalan CAPP supaya kita berganding bahu bersama pihak kerajaan dalam mengurangkan kes COVID-19.

Amalan CAPP

CAPP yang bermaksud Cegah, Amal, Patuh dan Pantau adalah kesedaran yang perlu dipatuhi oleh setiap individu. Pengamalan ‘C’ adalah Cegah COVID-19 dan didik ahli keluarga serta komuniti untuk menjalani kehidupan norma baharu. Manakala ‘A’ adalah pengamalan tingkah laku seperti mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan secara kerap, memakai pelitup muka setiap kali anda keluar dari rumah dan mengamalkan penjarakan sosial sebanyak 1 meter bagi mengelakkan diri, keluarga dan komuniti mendapata jangkitan virus ini.

‘P’ pula merujuk kepada Patuhi SOP pengoperasian sektor-sektor utama negara dan lain-lain arahan kerajaan. Setiap individu perlu mematuhi setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan di tempat kerja atau tempat awam bagi mengawal jangkitan virus ini dan membantu mereka mendapatkan data dari semasa ke semasa.

Seterusnya ‘P’ kedua adalah Pantau status kesihatan diri dan keluarga. Orang ramai dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan jika anda bergejala dan lakukan saringan suhu badan serta memeriksa gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas sebelum memasuki tempat kerja, institusi pendidikan, pusat jagaan dan sebagainya. Ia ditekankan supaya anda bertindak segera dengan mengambil langkah pencegahan mengawal COVID-19.

Secara umumnya pendekatan pembudayaan baharu CAPP ini bertujuan untuk melindungi daerah hijau kekal bebas dari jangkitan COVID-19, dan menukarkan daerah kuning kepada hijau dalam tempoh 14 hari. Oleh itu, marilah kita sebagai individu bertanggungjawab berganding bahu bersama pihak kementerian dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan mematuhi arahan mereka dan menjaga kebersihan diri yang tinggi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!