Penyerahan Kereta Peronda Baharu Polis Diraja Malaysia

Pada 5 Jun 2020, satu majlis penyerahan kenderaan baharu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlangsung di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya. Sebanyak 30 daripada jumlah keseluruhan 425 buah kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) telah diserahkan kepada PDRM pada majlis tersebut.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh.

Kenderaan MPV baharu model Honda Civic 1.8S yang dibekalkan melalui konsesi pengurusan fleet oleh SPANCO ini adalah untuk menggantikan kereta-kereta peronda lama Proton Wira dan Proton Waja yang sudah usang dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Kenderaan MPV baharu ini juga dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam), kamera perakam video digital mudah alih (DVR) dan kit MPV yang akan memudahkan tugas rondaan anggota PDRM dalam melaksanakan pencegahan jenayah dan memastikan keselamatan masyarakat.

MAS_0996

Pengagihan kenderaan MPV baharu ini kepada kontinjen-kontinjen PDRM di seluruh negara akan dilakukan secara berperingkat selama dua bulan sehingga bulan Julai.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!