Petua Keselamatan Jalan Raya – Siri 2

Sikap cuai dan sambil lewa pemandu kenderaan merupakan punca utama kepada peningkatan kemalangan jalan raya. Kesedaran setiap individu adalah amat penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan. Dalam siri kedua ini, SPANCO berkongsi petua-petua yang perlu diamalkan, sekali gus membantu mengurangkan statistik kemalangan jalan raya.

1) Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat

Mengekori kenderaan terlalu rapat adalah antara punca utama berlakunya kemalangan hentam belakang. Elakkan perbuatan demikian dengan menjaga jarak antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan. Sentiasa amalkan peraturan jarak 2 saat dalam keadaan jalan raya normal dan tambah jarak kenderaan sehingga 4 saat ketika cuaca buruk, jalan raya basah atau licin, dan apabila mengikuti belakang lori treler.

2) Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong

Tahap kesabaran tinggi perlu diamalkan oleh setiap pemandu. Memotong sesuka hati boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong sesebuah kenderaan. Sentiasa periksa cermin pandang belakang, cermin sisi dan memberi lampu isyarat sebelum memotong. Pastikan jarak keselamatan antara kenderaan yang hendak dipotong berada dalam jarak satu meter.
Semasa memotong kenderaan, sila gunakan hon sebagai alat komunikasi anda untuk memberi isyarat kepada pemandu lain sekiranya perlu.

prihatinspanco-keselamatan-jalan-raya-2

3) Elakkan penyalahgunaan laluan kecemasan

Laluan kecemasan di lebuh raya adalah dikhususkan untuk kegunaan pihak berkuasa atau pengguna lebuh raya yang mengalami kesulitan atau kecemasan. Jangan sesekali menyalahgunakan lorong kecemasan ini untuk kepentingan sendiri. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan dan terpaksa diletakkan di lorong kecemasan, sila letakkan tanda amaran pada jarak sekurang-kurangnya 100 meter dan dapat dilihat dengan jelas oleh pemandu kenderaan lain.

4) Elakkan mencelah-celah di antara kenderaan

Sebagai langkah menjaga keselamatan anda dan orang lain di atas jalan raya, elakkan perbuatan mencelah-celah di antara kenderaan. Ia bukan sahaja membahayakan diri, malah melibatkan nyawa orang lain. Jadilah pemandu yang cekap dan selamat dengan memandu kenderaan secara berhemah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!